Resepi Tom Yam Thai Pekat ala Cik Ngah



Biasa kalau masak tom yam buat kuah cair yang biasa-biasa tu je,ahad lepas kebetulan ada di rumah awal lepas amik anak buah di Pekeliling,sementara tunggu Mr D balik sempat la masak Tom Yam.Kalau masak tom yam kuah air biasa tu memang sikit je la Mr D jamah,dia tak suka kuah air kalau bersantan atau sambal laju la.So Cik Sue cuba buat pekat kuahnya macam makan kat kedai-kedai siam tu kan,resepi dari mak saudara yang berniaga di Kelantan.Sekali Mr D siap hirup kuahnya,memang lepas ni kena buat kuah gini je la.

Jom Cik Sue kongsikan resepinya ye :

Bahan untuk kisar :
1 biji tomato
1 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Bahan hiris :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan ketuk :
Cili api 3 bijik (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
2 batang serai

Bahan lain :
Sayur campur-ikut korang la nak masuk apa yang sesuai dengan tom yam la kan
1 biji tomato belah 4
500 gm Ayam
4 5 helai daun limau purut.


Cara-caranya:
-Tumis bahan-bahan hiris,masukkan ayam seketika dan bahan blend,serta pes tomyam.
-Biar mendidih sekejap,masukkan cili api dan serai yang di ketuk,gaul rata.Masukkan secawan air ,ikut kepekatan yang korang nak ye.
-dah mendidih masukkan sayur ye,masukkan garam gula serta daun limau purut.
-hidangkan

bisik-bisik:
Mr D request buat lagi hehehe.



Post a Comment

4 Comments

  1. kak sue guna pes brand apa?? sy pn minat tomyam pekat² ni...haha hr tu tgk resipi che mat..sedap dh..kot la dpt pekat lg nk gak try...hehe

    ReplyDelete