Apa jadi dengan duit hadiah kahwin?

Cite dah basi baru nak masukkan dalam blog? so,ada ku kesahhh hehehe..suka kita arrr..heheh...amenda la Cik Sue ni kan.Tak de la,nak kongsi je walau dah jadi pengantin tak baru dah ,Cerita duit hadiah di majlis kahwin hari tu.Sapa dapat banyak duit hadiah? eh ni bukan salam cangkuk tau,yang salam cangkuk dua2 kenduri Cik Sue ngan Mr D tak usik,total bagi kat orang tua setelkan apa yang patut berkaitan kenduri  seperti bil api air ye la family ramai datang kan dan lebihnya abah guna tuk repair apa-apa yang rosak ke ganti apa-apa yang hilang ke masa kenduri tu.

Yang Cik Sue nak cerita ni duit hadiah yang memang di beri ke tangan pengantin.Macam Cik Sue hari tu dapat hadiah kahwin dari bos dalam bentuk duit,bod besar siap datang kenduri dan hukur sampul,ingatkan tiket honeymoon sekali duit sumbangan rupanya.Dan ingatkan Cik Sue je yang dapat,Mr D pun dapat jugak.Eh,ni bos besar yang bagi,kawan-kawan opis tetap datang dengan hadiah gedabak juga,Alhamdulilahhhh kebanyakan hadiah semua yang berguna untuk masuk rumah baru dan kehidupan suami isteri.Duit hadiah juga ada dari rakan-rakan blogger KELABBLOGGERBENASHAARI haaa terharu giler kot ,terima kasih banyak la korang atas sumbangan,memang berguna.

Mulanya nak simpan je dulu tak tahu nak guna untuk apa lagi kan,tapi bila masuk rumah baru ada juga bend yang nak kena beli dan memang perlu,Bila dah berbincang ngan Mr D kami setuju guna duit hadiah ni,tapi tak habis semua pun,lebihnya kami simpan tuk emergency,jom tengok apa Cik Sue beli :


Almari baju 3 pintu 
Yang ni beli sebab Cik Sue keluar dari rumah bujang tak angkut pun almari lama sebab drawer dah rosak,so tinggalkan je tuk housemate guna.Masuk umah Mr D tak de lak almari nak buh bajuku yang selori tu hik hikkk tak kan nak kongsi almari dia.Almari dia pun ngam-ngam je baju dia,mana lagi nak susun segala tudung shawl bagai kan.Jadi beli la jugak,asalnya harga dalam rm400++ jugak,bodek punya bodek tokey kedai dapat jugak la rm300++.Agak puas hati sebab kukuh almarinya ,berat nak mati,angkat sorang memang tak daya.Yaeayyyy dapat almari baru khas tuk Cik Sue je kikiki.



Tilam dan katil
Haaaa dah berduakan takkan nak tido asing-asing ngan atas katil bujang lak...opsss hahah...kami dua2 masa bujang memang dah beli katil bujang yang besi tu,ada lagi sampai sekarang letak kat bilik tetamu.Jadinya kata sepakat beli tilam ni bukan foam ye tapi yg spring supaya tahan lama,kalau yang foam tu 3 4 tahun leper je dan penyek.so amik yang ni je.Cuma berat la sikit eh bukan sikit banyakkkkk tak mampu nak angkat sorang hujung pun tak mampu tau.hehehe...dengan katil sekali,eh tak de lak gambar yang dah pasang.Katil besi simple je cuma agak kukuh besinya,Cik Sue pasang dan naik lompat-lompat lagi tak de bengkok pun.Tapi tu la berat oiiii nak tukar cadar jenuhhhh....yang ni total dua ni dalam rm700++ berbaloi la dengan kualiti.



Peti Ais 2 pintu
Kisahnya sebelum beli yang baru ni sempat la guna peti ais lama Mr D zaman bujang,sekali 2 minggu lepas dok umah tu memang main nazak pulak dengan bawah tak sejuk atas over sejuk,lauk pun tak sempat beku,busuk je dalam peti,haihhh tak boleh jadi ni.Mr D pun memikirkan yang bini dia ni memang bff ngan peti ais ,maklumlah dapur tu kawasan jajahan bini dia so peti ais sangat la peting.Survey kat area seri kembangan mahal sangat la pulak dan model yang sama dekat rm1200++ belum kos penghantaran lagi urmmm terkedu jap.pastu pi survey kedai yang sama ngan katil dan tilam ehhh dapat lak rm950++ banyak gak kurang tu dah la penghantaran percuma.Jenama Toshiba lupa lak berapa liter.



Mesin basuh automatik 6kg
Mesin basuh ni pun sama,gantikan mesin basuh bujang Mr D separa auto yang dah rosak tempat spinnya,spin pun tak kan kering kainnya,jenuh plak CikSue nak pi dobi keringkan kain,membazir gak kan.dah jemur basah-basah lambat lak nak kering huuhuu.Kenpa kami suka amik jenama toshiba? ermm ntah lah maybe sebab dari dulu pakai barang letrik Toshiba kot lebih berkualiti.Dannnnn mesin basuh ni totally guna duit dari KELABBLOGGERBENASHAARI,sumbangan rakan-rakan blogger di hari perkahwinan sebagai hadiah,thanks korang,ni hasil duit korang bagi tu.Tengok mesin basuh ni teringat korang semua heheheh.harga dalam RM550++

Kat mana Cik Sue beli semua ni,haaa tu ada nama kedai kat bawah ni Cik Sue bagi ,dekat dengan balai polis Dengkil,Dekat senang tak de kos penghantaran,ada maslah pegi je kedainya,aunti jaga kedai tu pun baik je mudah tawar-menawar,harga pun berpatutan,barang-barang pun kita boleh pilih berdasarkan bajet kita,Dia akan bagi cadangan dengan bajet yang kita ada.Oh ya,semua barang di atas ni Cik Sue beli kat kedai dia,senang.

Kedai Sew Leong Hin
19,Jalan Besar Dengkil 43800 Selangor
Tel : 03-87687182/HP : 012-3603688


Post a Comment

13 Comments

  1. hahaha...
    teringat pulak mya masa mya baru kawen 4 thn lepas cenggini ler jugak..
    byk oo pakai duit.
    mmg kena manage duit betul2...
    dgn brg dapur..lg kn...

    selamat menempuh alam rumah tangga..
    ..mya pun selalu jer update benda da basi kat blog mya..
    kesah pulak kan..blog kita kot..

    meh jemput tgk entry
    http://myaleo.blogspot.my/2016/01/assalammualaikum-2016.html

    ReplyDelete
  2. best jadik pengantin baru..rezeki murah..duit dapat, hadiah tak yah cakap ler..kalo dedulu pinggan mangkuk cawan yang dapat banyak..sampai sekarang tak abis pakai..

    beli barang rumah ni nampak ler kemana duit tu pegi kan cik sue?

    ReplyDelete
  3. Tengok dari barangan yang di beli memang banyak duit yang Sue dapat ni...bestnyaaa

    ReplyDelete
  4. kehidupan lepas berumahtangga tu lg penting.. betul sgt tu kak sue.. yoorin pon beli brg2 rumah pakai duit becek'an je.. hee..alhamdulillah..dapat beli cash.. & sepp sikit.. semua jenama Toshiba.. hahaha.. entah la..kedai tu banyak jual barang toshiba.. huhu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki bina 'masjid'....tak payah nak buat hutang ye Sue :)

    ReplyDelete
  6. selamat pengantin baru tak baru kak suee. hehehe ehhh kak sue ni pndah rumah baru ye ?

    ReplyDelete
  7. Bagusnya.. Pandainya Sue plan. .. :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah semoga sumbangan ikhlas kami membantu lah serba sedikit..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah semoga sumbangan ikhlas kami membantu lah serba sedikit..

    ReplyDelete
  10. sumbangan dri kawan2 boleh juga menolong kita..

    ReplyDelete
  11. Semua benda penting..dah serba lengkap

    ReplyDelete
  12. Masuk rumah baru msti nk benda baru kan..hihi..selamat pengantin baru tak brapa nk baru utk kak sue..hihihi

    ReplyDelete
  13. Bonde pon pernah beli barang dekat kedai tu... he he he memang boleh ditawar barang yang kita beli tu.

    ReplyDelete