Agrofarmstay@Skill Tech : Lokasi terbaik untuk berkursus di Melaka.

Kali kedua Cik Sue datang sini,kalau dulu datang sini tuk Family Day ,boleh baca SINI ye.Kali Cik Sue datang tuk Kursus Fotografi pulak anjuran Kelabbloggerbenashaari dan Adhadi.Com.Pilihan tempat untuk kursus dan bengkel di Agrofarmstay ni memang sangat sesuai dan berbaloi.


Kenapa Cik Sue kata sangat sesuai? sebab kemudahan dan fasilitis yang disediakan memang lengkap dan dalam keadaan baik untuk di gunakan.Persekitaran yang menenangkan dan sangat baik.Dengan bilik seminar yang luas,kemudahan projektor dan whiteboard untuk sebarang bengkel,kerusi meja yang selesa,Ada juga di sediakan bilik mesyuarat dan perbincangan yang memang selesa.












Selain dari kemudahan untuk sebarang program,boleh juga ambil pakej sekali makanan,yang pasti menunya memang sedap,rasanya nak request asam pedas melaka pun boleh,tanya je (asam pedas diorang sedap wooo).Ruang makan yang terbuka memang menenangkan di tepi tasik dengan teratai berkembang ecewah hehhhe.







Kalu menjalankan kursus atau bengkel lebih dari sehari penginapan juga di sediakan,memang amat la selesa dan banyak pilihan bilik dan jenis penginapan.Dengan udara yang bersih dan suasana tenang,bawa family tuk temankan korang kursus pun boleh.Kolam renang juga di sediakan.Surau terbuka yang luas sesuai untuk aktiviti keagamaan ketika  team building atau kursus motivasi peringkat sekolah juga di sediakan.









Antara bilik penginapan yang di sediakan di sini adalah seperti berikut:

1-. Villa - 14 katil
2-. River View – 2 katil
3-. River View – 6 katil
4.- Garden View – 8 katil
5-. D’Lodge – 6 katil
6-. Challet – 10 katil






Ha bagi korang yag suka menyanyi,bila dah bosan berkursus,brain storming semua bolehlah layan karaoke je kat rumah kasut ni,haaa meang unik tau,nyanyi la sepuas hati.audio system yang superb.




Jadi siapa-siapa yang rasa nak guna tempat ni korang boleh hubungi detail di bawah ye,boleh tanya harga dan prosedurnya dengan pihak Agrofarm :

RESORT AGROFARMSTAY @SKILL-TECH
Lot 453, Batu 13
Jalan Tebong / Machap
76100 Durian Tunggal
Melaka


HOTLINE : 016-209 8623 / 012-211 8246

Post a Comment

4 Comments

  1. tmpt mmg best. Dah pernah stay 1 mlm di villa 2tingkat tu.

    ReplyDelete
  2. best sangat tempat ni..dah cadangkan pada team exora utk family day nanti..

    ReplyDelete
  3. nice place...nk kna pegi visit gak la klu cam ni..

    ReplyDelete