Resepi Sup Petola dengan Fucuk



Resepi sayur yang mudah,yang jadi menu biasa ma masak dari kecik.Cuma bila dah besar selalu olah sendiri buh macam-macam.Senang dan cepat di sediakan,dapat plak ikan terubuk masin goreng garing-garing ,walawehhhhh menambah nasi tau makan panas-panas.Jom tengok resepi mudah ni.

Sup Petola dengan Fucuk

Bahan:
2 batang Petola,di potong serong
sedikit serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih,ketukkan
1 biji bawang merah ,hiris
3 keping fucuk
segenggam suhun
1 biji cili besar,terpulang merah atau hijau ,hiris serong
1 sudu stok ayam knorr
garam
sedikit air

Cara:
-Panaskan periuk dengan 2 sudu minyak masak
-tumis bawang merah dan putih hingga naik bau,masukkan air dan kiub ayam
-masukkan petola fucuk,suhun dan cili.
-biar mendidih sekejap dan masukkan serbuk lada hitam
-perasakan dengan garam
-pastikan fucuk betul-betul lembut ye.

Hidangkan dengan nasi panas dan menu bergoreng serta sambal,memang kena.

bisik-bisik:
Simple mudah tapi sedap,sesuai tuk kanak-kanak juga.kalau nak nampak menarik dan pelbagai boleh masukkan lobak merah atau cendawan.


Post a Comment

4 Comments

  1. Selalu letak fucuk banyak2.. tambah tauhu.. lada hitam tumbuk.. peh..hehehe

    ReplyDelete
  2. Sayur petola feveret iday. Dulu pon mak selalu masak and memang habis. Nak try masak laaa. Lagi2 bila letak fucuk. Hehehe

    Jemput join contest dekat blog iday taw. Hadiah best, 30 Ribu AirAsia Big Points and cash sehingga RM600 ��

    ReplyDelete
  3. simple ja.. tapi makan macam ni dh sedap dh

    ReplyDelete
  4. fucuk tu gapo k.sue? tak rajin makna sebab tak suka syur hahaaa

    ReplyDelete