Resepi : Sukun Goreng Ranggup



Sedapkan layan goreng-gorengan petang-petang gini.Petang semalam kebetulan cuti lepak kat rumah,sempat goreng sukun yang mak mertua bagi minggu lepas,sib baik elok lagi.First time Cik Sue goreng sukun ni,sebelum ni reti makan jeGigih la dok belek buah sukun,potong pun ikut suka,try and error katanya.Nasib baik la gorengannya rangup dan ok seperti permintaan encik suami.Jom tengok versi Cik Sue goreng sukun ni.

Bahan:
1/2 biji buah sukun-potong nipis-nipis
2 senduk tepung gandum
1/2 senduk tepung beras
2 biji telur
3 sudu air kapur-kapur makan
garam
1 cawan air
secubit serbuk kunyit

Cara:
-pukul telur sampai sebati dan campurkan dengan semua bahan lain kecuali sukun.
-masukkan air ikut pekat mana bancuhan yang kita mahu
-kacau sampai sebati jangan berketul
-nak senang masuk je dalam blender sekali dengan air tadi dan blend je hhehhehee lagi mudah
-tuang dalam mangkuk dan masukkan sukun
-panaskan minyak dan goreng sukun yang di celup dalam bancuhan tepung tadi dengan api perlahan,hingga kekuningan ,balikkan dan angkat,toskan minyak.

Boleh makan dengan sos pencicah atau kicap cili,di tambah dengan kopi o panas,wahhhh memang layanlakan.Bancuhan yang lebih jangan buang,simpan dalam peti ais,lain kali kalau ada pisang ke,cempedak ke ubi ke potong dan celup je.

bisik-bisik:
Mr D puji sedap dan ranggup,yeaaaaa berjaya,lain kali bleh buat lagi

Post a Comment

3 Comments