Menjamu Selera Di Steamboat Empire,Cyberjaya

Sapa suka steamboat? angkat tangannnn...hehehe..eh kalau area putrajaya,cyberjaya dan dengkil korang makan steamboat kat mana ye? haaa meh Cik Sue cite satu tempat best makan steamboat,konpem puas hati.Berbaloi.

2 3 minggu lepas.Cik Sue ada date dengan Mak Hanim and the girls,Cik Sue jemput diorang kat Everly Hotel lepas event dan ikut je arah waze Mak Hanim tu,ingatkan nak bawa ke mana,rupanya makan steamboat,memang pucuk di ciataulam mendatang la.Feveret Cik Sue seafood segalanya ni,ngeee.


Kat mana lokasinya,ha ni dia Steamboat Empire,kedainya dalam mall Gem In Mall di Cyberjaya,korang waze je Gem In Mall tu,konpem jumpalah,jangan risau.Masuk parking kat tepi-tepi mall tu Cik Sue kena bayar RM1 je hari tu,kemudian tak tahu la kan.Mall ni kecil je,kedai pun tak banyak mana.

ni meja kami,simple kemas.




Memang best makan kat sini,tak ramai orang dan kedai bersih je,kemas,susunan meja teratur.Dapur yang di gunakan pun jenis dapur induction,takde la tong gas bagai dengan wayar segala ye.lebih bersih dan kemas.Restoran ni meang nampak ekslusif tapi harga makanan sangat berbaloi.Nak tahu harga makanan dan buffet kat sini? nah.

Sesi Tenghari / Lunch
Waktu: 11.30 pg hingga 3.00 ptg
Harga: RM 22.90 (Isnin - Jumaat)
Harga: RM 25.90 (Sabtu & Ahad)


Sesi Malam / Dinner
Waktu: 6.30 ptg hingga 10.00 mlm
Harga: RM 25.90


** Kanak-kanak bawah 9 tahun adalah percuma**

Berbaloi kan,dah la ada lebih dari 60 jenis pilihan bahan steamboat tau,dengan seafood,frozen food,sayuran,dim sum,sushi,macam-macam lah,nak tahu pi terjah sendiri heeee.


amik ko penuh meja,ehheh 
menu
Selain steamboat ada juga makanan ala carte seperti Chicken Grill,ikan bakar dan otak-otak ,di hidangkan panas-panas.Ada juga di sediakan nasi goreng dengan skewer kambing ,Butter Prawn,dan semua hidangan ni ada rasa dan sedap kena ngan tekak Cik Sue.Jom layan gambar,kalau lapar padan muka wahahhhaaahaa.

nasi goreng cina yang sedappppp...
nasi goreng tadi makan ngan chicken grill ni perghh

lamb skewer,ni cik sue ratah je,kuah n daging sedap oii

butter prawn,sedap tapi agak kering skit,maybe udangnya garing

puding dan desert

sushi : yang simple2 je.
kerabu mangga ,okeh yang ini pedas,jangan bagi budak2 makan,
menitik air mata oiii

frozen food tuk steamboat

lala,freshhh

siap ada pepahat lagi,yg best seafood dia semua fresh terasa manis lagi isi
udang ketam dan sotong

pilihan salad

dim sum

mee kering

telur puyuh

labu

keladi

jagung
Kuah steamboat kat sini pulak ada 2 jenis iaitu tomyam dan sup ayam,bagi kanak-kanak yang tak mahu pedas bolehlah bagi sup ayam,tapi Cik Sue haruslah pilih tomyam,dan tomyam kat sini memang sedap,hirup kuah pun sedap.

kuah sup ayam
kuah tomyam

air pulak korang boleh pilih sendiri,ada yang panas,yang sejuk,bergas dan
aiskrim pun ada yum yummmm
tu dia kuah dah panas.

hamekkk kooo meja kitaorang heheheh makan ke malantak

hadapan kedai

hadapan kedai


Yang bagus lagi di sini di sediakan playground untuk kanak-kanak,sementara Cik Sue dan Mak Hanim melantak dan bergosip,the girls tu dok puaskan hati main-main dalam tu,suka hati mak diorang tu kan hehehhe.



Seronok the girls ni makan kenyang-kenyang dan dapat main lagi,senyummm je,masuk keta terus lena hahhaha.Ok lah ,nanti Cik Sue nak bawa Mr D pulak,korang pun pi la try mana tau kena ngan selerakan.


oittt ni bukan cik sue makan sorang la..grrrr

Nah sapa yang nak try,ni alamat dan no phone,sila call ye atau pi terjah .


Level 2, Gem In Mall, Mutiara Ville,
Persiaran Sepang, Cyber 11
63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel : 03-8322 2000/016-565 7500 / 016-357 3122
Fax: 03-8322 2020



bisik-bisik:
Memang akan repeat,terasa-rasa lagi kemanisan ketamnya tu yummmyyyy....

Post a Comment

5 Comments

  1. Memang best...byk dah julia baca review dari geng KBBA...nanti dpt gaji nak belanja abah dan mama kak ju makan sini...meriah kan...sambil2 tu Qaiser ilman leh main...dia bukan nak makan sangat pun...mak pak yang nak membesarkan badan lg ni harus biar perut kosong betul2...best dating cm ni...hanim & sue

    ReplyDelete
  2. best main tekan-tekan dapur kat sini.. nak cepat masak dan makan, tekan no 3.. nak relax layam steamboat tekan no 1..hehehee

    ReplyDelete
  3. Nasik goreng kerabu smua tu termasuk harga tu jugak ke sue?

    ReplyDelete
  4. ok nak share post ni kat my asben. nak p. nak p. tq.. hihih

    ReplyDelete