Ayeem Burger Bikers Cafe,Paya Jaras

Cuti hujung minggu yang panjang,tapi sabtu ahad baru berpeluang balik umah mak.2 hari buat apa? haaa kerjaan kat rumah tu memang tak pernah habis,adaaa je benda nak di ubah nak di kemas.Jadi nak rileks meh balik umah mak,hehehhe...

Petang semalam sempat jalan-jalan dengan en suami sekitar Sungai Buloh,dah lama aim kedai ni tapi tak berkesempatan nak singgah.Semalam lepas jalan-jalan tak tahu nak dinner kat mana,en suami terus tuju ke situ.



Kami sampai orang belum ramai,masih awal mungkin.Kedai ni memang mudah nak cari dan memang nampak dari tepi jalan.Nampak je signboard kedai dari jauh tulis Bikers Cafe  tu,haaa dia la tu.



Bahagian dalam dan hadapan kedai di penuhi hiasan bertemakan koboi,serta muzik country berkumandang menghiburkan pelanggan.

Jom tengok menu,apa yang ada :









Ha,amacam,terliur la tu hehehe cik sue pun pening nak order yang mana,semua nampak sedap.


Akhirnya Mr D order set burger daging Rm12 satu set.Patty burgernya sgt lembut,sedap dengan sos bbq dan cheese yang tak terlalu banyak,jadi tak de la muak sangat nak habiskan.Fries dan coselow pun sedap je di tekak,ngam je dengan hidangan tu,overall puas hati.



Cik Sue pulak order Lamb Shoulder Sizzling Rm22.Lamb yang lembut,tak banyak lemak dalam kepingannya,sos pun ngam je ,tak terlalu pedas,cuma sikit hehehhe.Boleh mintak kalau nak lebih.Coselow sedapppp,suka.
Oh lupa pulak snap gambar air,Mr D order kopi koboi,sedap kopinya dan Cik Sue order Teh Lemon Panas.Air Suam boleh ambil sendiri,di sediakan di depan kedai.

Keseluruhan,best jugak lepak sini,kalau malam minggu,makin lewat malam makin ramai yang melepak,dengan kawan-kawan dan keluarga.Oh ya,kedai ni ada ruangan makan di dalam tapi ramai yang memilih makan si bawah khemah di luar,lebih lapang.

Nak cuba? ni detail Cik Sue bagi,boleh la try nanti ye.

Ayeem Burger Bikers Cafe

1,Bangunan Badan Kebajikan Bekas Perajurit,
Batu 15,Paya Jaras,Sungai Buloh,
47000 Selangor Darul Ehsan

Bahar Bin Mat Akhir
Penyelia
Tel : 019-2705299


bisik-bisik:
Suka balik umah mertua,sekeliling mewah kedai makan sedap-sedap,macam-macam ada,dari seafood,western,semua ada,pilih dan bawa duit je.hehehhehehe.


Post a Comment

8 Comments

  1. Lama tak pi area Sungai Buluh woowww menarik lah tgk patty burger tu lembut ye...suka ni...one day leh ajak suami dan Qi makan kt sini...

    ReplyDelete
  2. Wahh nampak menarik dan tertarik nak pergi..hehehe

    ReplyDelete
  3. nampak menarik..macam-macam menu ada..lapa la pulak !

    ReplyDelete
  4. Kalau ada area sana bila2 nanti rasa terlapar nak berWestern boleh la kot singgah sini. Tapi entahla bila.. lagipun tengah control nafsu pemakanan , diet!

    ReplyDelete
  5. wah, menarik
    iena pernah lalu tp tak pernah singgah try mkn lg :D

    ReplyDelete
  6. wah kak sue. Hipsturrrrr gitueee

    ReplyDelete
  7. Lamb Shoulder Sizzling.. macam best je ni, dah la kita ni peminat tegar kambing cop, ok suatu hari nanti bole cuba.

    ReplyDelete