Resipi Kambing Kentang Manis


Ohhh..tengok gambar dah terliur balik,memang kegemaran Cik Sue la kambing ni.Kalau dulu kemain menjauh,daging ke susu ke memang tak mau.Tapi sekarang dah jadi kegemaran pantang jumpa menu kambing nak try padahal sama je pun hehehe.

Hari minggu lepas kebetulan Mr D tak keje Sabtu,ada masa free gak nak masak dan lunch kat rumah,kalau Ahad biasanya lunch kat luar sebab selalu asyik mengemas pastu penat dan malas masak,,errrr jangan tiru perangai Cik Sue ni.

Jom tengok resepi hidangan kambing Cik Sue weekend lepas.

Kambing Kentang Manis

Bahan:
500g kambing -yang di perap dengan jintan dan kicap pekat ( atau kalau ada rempah bbq pun ok)
Rempah -bunga lawang,bunga cengkih,kulit kayu manis,buah pelaga.
3 biji bawnag merah-tumbuk atau blend
3 ulas bawang putih - tumbuk atau blend
1 inci halia-hiris nipis
1 biji bawang besar potong bulat
3 biji ubi kentang-potong dadu
3 sudu kicap pekat manis
3 helai daun limau purut
Gula dan garam
hirisan daun bawang

Cara :
-tumiskan bahan tumbuk dan blend bersama rempah hingga naik bau
-masukkan kicap pekat dan sedikit air,masukkan kentang.
-Biarkan kentang separuh masak ,masukkan daging kambing.
-Tambah sedikit air dan biar mendidih hingga masak.
-Masukkan hirisan halia bawang besar daun limau purut .perasakan dengan garam dan gula
-hidangkan bersama hirisan daun bawang,siap!

Sesuai untuk hidangan dengan nasi panas atau kalau nak buat makan dengan roti paratha pun ok,ngan lempeng pun boleh dengan roti Gardenia pun boleh.Ikut sika koranglah asalkan berselera ye.

Selamat mencuba,kalau tak sedap oter sendiri k,hehehhe.

bisik-bisik:
Oyeahhhh berjaya ajar Mr D makan kambing,sekarang sama-sama feveret dah hehheheh.

Post a Comment

11 Comments

  1. Kite kambing kureng sikit.. Tgk bau dulu, kalau semerbak dah bau, mmg a big NO lah jawabnya, hehe....!

    ReplyDelete
  2. Kambing is my fav tooo....yeay...leh gang....

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tapi sbb K.Ma x mkn daging kambing kena tukar guna daging lembu la ni :)

    ReplyDelete
  4. aci tak kalau kita nak tiru resepi ni n try masak jugak. nampak sangat best la Sue.

    Tambah plak kalau makan ngan nasik panas panas kan

    ReplyDelete
  5. Sedapnyer sedapnyer sedapnyerrrr!

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kambing...!! Nak sikit Cik Sue

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kambing...!! Nak sikit Cik Sue

    ReplyDelete
  8. wahh boleh try ni..en suami suka makan kambing..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya sue. Akk sgt suka kambing

    ReplyDelete