Masakan Kampung Asli di Ummiza Cafe,Jenderam Hulu,Sepang.

Siapa yang tak suka masakan kampung? majoriti kita yang berasal dari kampung atau yang memang dari bandar pun pasti suka makan masakan ala-ala masakan kampung atau masakan ibu di rumah kan.Lauk pauk yang enak dan unik,tradisi masyarakat Melayu.

Korang tinggal sekitar Sepang? Kajang? Bangi? Putrajaya? dan mencari masakan kampung yang sedap dan kena dengan tekak? meh Cik Sue cadangkan Ummiza Cafe ni,takkan mengecewakan korang.Terletak di laluan Jalan Jenderam Hulu dan berhampiran Miat,serta Unikl,lokasi di dalam suasana kampung dengan pokok menghijau sangat menenangkan.Tidak perlu risau tentang parking kerana restoran ini punya halaman yang luas,senang untuk parking kereta.

papan tanda di tepi jalan
Restoran ini di buka dari 7 pagi hingga 3 petang,menyajikan hidangan sarapan dan tengahari yang di masak sendiri oleh keluarga pemilik restoran,bukan tukang masak luar.Ini untuk mengekalkan resepi keluarga dan rasa hidangan yang lebih asli.

hadapan restoran

bahagian dalam kedai

surau juga di sediakan untuk kemudahan pelanggan
Sebenarnya Cik Sue selalu lalu jalan ni dan memang perasan restoran ni sebab nampak cantik susun atur kedainya dengan penggunaan perabot kayu nampak mewah dari jauh.Ternyata menunya juga tak kalah memang sedap.Ahad lepas Cik Sue berpeluang merasa sendiri air tangan keluarga ini untuk makan tengahari,jom kita tengok menu yang ada.


ikan goreng garing~nampak biasa tapi sedap,rangup.

ikan kembung berlada ~sambal berlada memang sedap

keli berlada ~ menjadi rebutan,ranggup dan sedap
tak terlalu pedas

Asam Pedas Tenggiri~ wajib cuba,cukup rasa,bagi Cik Sue
memang terbaik

Ayam Goreng rangup-simple dan sedap di ratah sahaja

Ayam Masak Merah-sedap! macam mak
masak kat rumah!

Ayam Kicap Bercili-tak pedas pun,wajib cuba.

Ayam kampung masak lemak- Ini memang wajib cuba,tak rasa memang rugi,
sedap betul,Cik Sue sarankan anda cuba.

sambal udang petai-Udang fresh,tak terlebih masak,sedang elok,sambal manis
pedas secukupnya.

kari daging dengan kentang-fuhhhh macam pergi kenduri kawin di kampung,
ini cicah lempeng pun sedap ni.

Gulai rebung madu- okeh ini rare dan sedap,cubalah,tak de bau pelik-pelik,
kuah yang secukup rasa,sedap di lidah Cik Sue.

Masak Lemak Pucuk Ubi-Ini Cik Sue buat ratah je ni,2 3 mangkuk pun boleh,tak
pedas mana pun.

Gulai Lemak Siput Sedut-arghhhhhh tengah taip pun terasa kesedapan kuahnya,
Kegemaran Cik Sue ni,srottt srottt ratah saja sedut dia,jarang nak jumpa yang betul-betul
pandai masak kuahnya,tapi yang ni Cik Sue jatuh cinta.

Sup Cendawan-sedap! cendawan segar tak terlebih masak.

Kobis Goreng-biasa-biasa,kena dengan lauk pauk lain.

Sambal Bilis-arghhhhh masih teringat kerangupan dan
sedapnya sambal ini,ramai orang boleh buat tapi
tak ramai yang buat sedap,tapi yang ini memang terbaik (Cik Sue siap tapau hehehh)

Ulaman dan sambal belacan,pelengkap hidangan.

Ini semangkuk Cik Sue ratah saja,sumpah sedap.
Selain itu untuk sarapan pagi ada juga di sediakan Nasi lemak,Roti Canai dan kuih-muih tapi memandangkan kami datang tengahari jadi dah habis hidangan pagi,tinggal kuih-muih je sikit lagi,sempat la kami merasa.

donut

pelbagai kuih

kaswi
Menggoda selera kan? Bolehlah cuba di Restoran Ummiza Cafe ni,tak rugi.Dimiliki dan di uruskan oleh satu keluarga yang memang minat memasak dan pandai memasak.Selain hidangan di restoran ini mereka juga menyediakan tempahan katering bagi hidangan bawah 300 orang untuk sebarang majlis seperti perjumpaan keluarga,family day,mesyuarat jabtaan dan syarikat,jamuan doa selamat,majlis hari lahir tetapi peralatan katering dan pengangkutan tidak di sediakan kerana kekurangan kakitangan,jadi anda boleh menempah dan datang ambil sendiri di restoran ini.Menu pula adalah seperti yang Cik Sue tunjukkan di atas ye,bileh pilih.Kata tuan restoran harga katering mengikut harga pasaran dan kuantiti tempahan tapi masih berpatutan.


kami menjamu selera

Kelabbloggerbenashaari di Ummiza Cafe
Macam mana nak ke sana? okey ini alamatnya :

Ummiza Cafe
No 229 Batu 29 Kampung Jenderam Hulu ,Sepang

landmarknya berhampiran Miat dan Unikl,
korang juga boleh waze Ummiza Cafe

Untuk tempahan boleh hubungi :

Puan nor - 0196682069
Ain - 01110602569


Komen Cik Sue : 
-Memang berbaloi untuk buat majlis makan-makan di sini,kawasan parking yang luas,kedai yang selesa,siap boleh tambah khemah di hadapan.
-Makanan dan menu yang di masak sendiri oleh keluarga tuan restoran,setakat yang Cik Sue rasa tiada tambahan bahan MSG.
-Masakan yang terbaik,bukan masak cincai asal ada,tapi memang puas hati makan.
-Harga makanan yang berpatutan tidak terlalu mahal.
-Suasana dalam kampung.

bisik-bisik:
Memang akan jadi port Cik Sue ni,dekat je dengan rumah ,nanti nak ajak Mr D cuba sarapan pagi pulak dengar khabar kawan-kawan sekitar sini Nasi Lemak dia agak sedap,nanti kita cuba ye.

Post a Comment

24 Comments

  1. Sedapnyaaa masakkan kampung kat sini... Lapar terus perut ni tengok gambar tu semua

    ReplyDelete
  2. sangat sedap masakan Ummiza cafe... terliur tengok..

    ReplyDelete
  3. Kecoq aih pepagi....huwaaaa...tak ajaaaaakkkk...

    ReplyDelete
  4. Huwaaaa~.... Untung lah dekat rumah.
    Nanti nak gak pekena nasi Lemak UMMIZA

    ReplyDelete
  5. Huwaaaa~.... Untung lah dekat rumah.
    Nanti nak gak pekena nasi Lemak UMMIZA

    ReplyDelete
  6. Huwaaaa~.... Untung lah dekat rumah.
    Nanti nak gak pekena nasi Lemak UMMIZA

    ReplyDelete
  7. sedap dan menyelerakan..
    pasti akan datang lagi!

    ReplyDelete
  8. yang penting ada logo WIFI free tu!

    hehe!

    ReplyDelete
  9. Masakan kampung memang paling best kan :)

    ReplyDelete
  10. tiba-tiba lapar .. hahaha

    kalau p makan mesti cari surau.. hehe apa2 senang kan.

    ReplyDelete
  11. aduhai kecur liur tgk gambar2. cam nk gi sana skrg jug.hihi

    ReplyDelete
  12. best la sebab dekat ngan rumah..bila2 masa leh lepak sini kan....jeles...

    ReplyDelete
  13. k,sue.. jom kita repeat hari sabtu ni

    ReplyDelete
  14. SODAPNYE MAKANAN TUUUUU .. HEHE .. SIMPLE TP NMPAK MENARIK .. NK POGI GAK TP JAUHHH .. EKEKE

    ReplyDelete
  15. tgk gambar pon dah nmpak sedap... masakan kampong mmg sedap

    ReplyDelete
  16. tempat selesa, tengok gambar makanan pon dah terliur ni

    ReplyDelete
  17. kak sue ni..sajakan tunjuk makanan sedap2..lapar dah ni..bole la try gi sana..dekat dah tu =)

    ReplyDelete
  18. Sedapnya nyum nyum nyum. Yaya memang peminat no 1 makanan kampung macam ni

    ReplyDelete
  19. mmg nak repeat lg..terasaaa betul masakan dia..mmg sedappp

    ReplyDelete
  20. aduii..bulan puasa ni. Mujur esok nak raya

    ReplyDelete