Nasi Lemak Segera?

Korang tahu tak yang sekarang ni dah ada nasi lemak segera,instant? tak payah nak jerang nasi bersantan bagai atas periuk tau.Ni makan ala-ala maggi je.Haaaaa canggih dok? Rasa? mesti la rasa nasi lemak.Jangan risau ia masih lagi berbentuk nasi lemak untuk di makan ye.

Cuti hari Malaysia lalu,Cik Sue dan Mr D bermalas-malasan je di rumah,jadinya tuk sarapan punya malas nak kotor kan dapur yang dah di kemas bersih,kami dok godek la Nasi Lemak Segera dari Saleesfood ni.Produk ni dapat masa pi kursus Style Workshop dengan Wawa Idris hari tu.



Cara menyediakannya cukup senang,tak de nak kotor-kotor sangat la dapurnya hehehe.
1. Bukak paket A yang berisi nasi ,tuangkan dalam bekas kotak tu,masukkan air 130ml atau mengikut paras pada luar kotak.Biarkan 5 minit.
2. Buka paket B ,iaitu srbuk kelapa,masukkan ke dalam nasi tadi dan gaul.
3. Buka paket C dan D yang mengandungi sambal dan ikan bilis goreng,bolehlah hidangkan dan makan dengan nasi tadi.

Peringatan : Air jangan banyak tau,nanti jadi bubur pulan.ngam-ngam je.


Selain itu ada juga chicken slice ,memang sedap.Jadi Cik Sue buka dan hidangkan dengan nasi lemak.Lengkap sudah sarapan pagi kami,buat je air teh o,walllahhhh.


Apa yang Cik Sue rasa :
-Nasinya wangi dengan bau santan dan daun pandan,sedap.
-Sambalnya bia gaul dan makan ngan nsi memang kena,cuma mungkin mulut cik sue je la rasa masin sikit tapi Mr D kata dah sedap.

Produk ni memang sesuai la bawa untuk mengembara,samada dalam negara atau luar negara,boleh juga di bawa berkhemah di hutan,boleh juga simpan sebagai stok kecemasan terutama musim-musim banjir untuk keadaan terdesak.

Nak maklumat lanjut anda boleh ke page Facebook berikut :




Post a Comment

4 Comments