Breakout ,NU Sentral : Mencabar minda

Suka puzzle? suka teka-teki? suka selesaikan misteri? Nah,ini permainan yang sesuai tuk korang,benar-benar menguji minda.Bayangkan korang, terkurung dalam kapal yang mungkin akan tenggelam,atau sebagai penyiasat mencari klu dan kunci tuk menyelamatkan dunia.Bestkan?

Ya,korang boleh rasa dengan bermain semua ini di Breakout,permainan berkonsepkan "escape room" di mana berbagai tema bilik ada untuk anda jelajah dalam masa 45 minit tapi harus menyelesaikan teka-teki dan mencari klu untuk dapatkan kunci bagi membebaskan diri,atau anda terkurung di situ.


Ahad lepas family Kelabbloggerbenashaari di jemput ke Breakout ,NU Sentral untuk merasai sendiri permainan menguji minda ini.Sememangnya menguji minda kami-kami yang tak berapa rajin terjana ni hahahah.Boleh tahan stress,tension nak cari jawapan.


Semua teruja nak menguji minda masing-masing ,Breakout tak buka pintu lagi dah sampai,bagus! Bila semua dah ada,di bahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan dalam 5-6 orang,dan setiap orang mempunyai tugas masing-masing.Ada tukang pegang kod kunci,ada tukang jaga masa,ada tukang pegang lampu dan lain-lain.Masing-masing ada tugasnya selain bekerjasama mencari jawapan kepada puzzle dan soalan yang di beri.Di sini,semangat berpasukan itu penting,kalau nak keluar la,kalau nak terkurung haaa buat la perangai hahaha.




Setiap bilik ada tema tertentu dan cerita tersendiri,dari tema dan cerita itu adanya jawapan dan klu untuk membuka kunci akhir dan bebaskan diri.




Mula-mula nampak mudah,tapi bila dah masuk,45 minit tu macam4.5 minit je tau,berpeluh halus gak la nak selesaikan soalan dan cari klu.Soalan pulak sangat la "tricky"nya,bila dah dapat tu rasa macam,laaaaa kenapa la tak terpikir tadi?.hehehe. Dannnn lagi sakit hati,bila selesai kan klu terakhir tinggal lagi 1 minit pastu masa habis,kunci terbuka,haaaa sakit hati kan? 




Ha tu dia contoh biliknya,agak ngeri la kan? biliknya pulak tak lah gelap terus tapi suasana tu surammm,kelammmm kecut gak perut walau tahu itu rekaan.Dan jangan berlagak boleh selesaikan sendiri tak nak mintak tolong kawan ye,korang kena bekerjasama sebab kekadang klu dan kunci perlukan 2 orang untuk selesaikan.

Ternyata ahli kelabbloggerbenashaari boleh bekerjasama walau ada yang baru kali pertama bertemu,sekurangnya permainan seperti ini mampu memupuk semangat kerjasama dan setiakawan sesama ahli.Selain melatih otak dan minda berfikir di luar kotak dan kebiasaan seharian,membuka minda untuk memandang sesuatu dari sudut berbeza.

Terima kasih banyak Breakout kerana menjemput kami semua,memang seronok dapat berkumpul begini.Korang semua patut cuba,akan rasa debarannya di kejar masa dan tekanan untuk menyelesaikan dan satu kepuasan bila berjaya.Tapi anda pasti tak puas bermain untuk 1 bilik sahaja,sebab ada 6 bilik untuk di cuba.


Breakout bukan sahaja terdapat di NU Sentral tapi ada satu lagi cawangan di Avenue K,juga terdapat kesinambungan teka-teki di antara kedua cawangan ini.Nak cuba dua-dua pun boleh.Sedikit info harga untuk anda untuk setiap bilik:

2 orang = RM106.00
3 orang = RM143.10
4 orang = RM169.60
5 orang =RM201.40
6 orang=RM241.70
7 orang=RM 267.10
8 orang = RM305.30

Anda berminat nak cuba,boleh hubungi talian berikut :

Breakout Nu Sentral
Tingkat 4 (Bersebelahan Celebrity Fitness)
03 | 2276 3705


Breakout Avenue K
03 | 2181 1835

atau dapatkan info di :

Website : http://www.breakout.com.my/


Instagram : https://instagram.com/breakoutmy/


Facebook : https://www.facebook.com/breakoutmy


Booking Online : http://www.breakout.com.my/nu/book/


bisik-bisik: tak puas hati! akan cuba lagi nanti,sebab lewat 1 minit je nak keluar huuhuu....

Post a Comment

5 Comments

  1. Best nya...!! Jom repeat Cik Sue...

    ReplyDelete
  2. tau best walau hanya dalam gambar. Well done #kelabbloggerbenashaari ;)

    ReplyDelete
  3. BEST....
    Bila la AM berpeluang join kelab ben ashari pun dah ok dah..
    huhuhu..ada tips untuk nak join KBA x??

    ReplyDelete
  4. alaaa......nak pergi lagi rasa...tak puas..sbb tak menang...

    ReplyDelete