Maduku Kalut Returns di Istana Budaya

Semalam Cik Sue sempat pi beraya di Istana Budaya eh,beraya lak menonton teater.cite apa? Cite orang berbini dua hehehhe... Maduku Kalut Returns yang di bawakan oleh Mask Team.Pementasan ni start Jumaat 7 ogos hingga hari ni 830 malam 9 ogos 2015,sempat lagi ni walkin beli tiket pi tengok.

Tak rugi sebab pelakon memang di akui hebat iaitu Remy Ishak,Nad Zainal,Jehan Muse dan ramai lagi.Cite memang kelakar la,memang kalut,memang akan gelak.



kami yang hadir semalam

Mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.

Memaparkan nilai nilai komersial yang tinggi dan mengupas mengenai isu-isu semasa dengan secara lebih santai dan bersahaja. Biarpun bergenre komedi, diharapkan Maduku Kalut Returnsmampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.




bersama pelakon utamanya

Cerita komedi ringin tapi sinis juga,menghiburkan dengan lakonan yang mantap,korang akan senyum sampai habis cerita.

Bagi mereka yang ingin menyaksikakn pementasan teater Maduku Kalut Returns, ini sedikit info harga tiket yang boleh korang dapatkan. Harga tiket bermula pada RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan 155 (tiket platinum) dan boleh didapati secara online di www.AirAsiaRedtix.com atau boleh walk-in ke Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

bisik-bisik:
malam ni ada lagi 8.30 mlam,cepat2 pi beli tiket.


Post a Comment

4 Comments