Iftar amal Perdana Aman Palestin

Alhamdulillah ,Sabtu lepas Cik Sue berpeluang mewakili Kelabbloggerbenashaari ke Majlis Iftar Perdana anjuran Aman Palestin sebagai rakan media rasmi Aman Palestin.Peluang ini amat bermakna bagi Cik Sue untuk melihat lebih dekat apa peranan Aman Palestin dan kerja-kerja yang mereka lakukan.


sempat di temurmah oleh wartawan Astro Awani

Cik Sue dan rakan-rakan yang lain hadir sebelum majlis berbuka puasa lagi,kami menggunakan masa menunggu waktu berbuka untuk melihat pameran foto kesengsaraan umat Islam di Palestin di ruang legar yang di sediakan.Sangat menginsafkan dan hampir mengalir air mata.

sebelum berbuka puasa

bersama beeha ,wartawan Awani

suami menemani,tq dear

urusetia
Majlis di mulakan dengan bacaan ayat suci Al Quran daripada imam yang di bawa dari Palestin,sangat syahdu bacaannya.Kemudian kami berbuka puasa sambil di hiburkan dengan lagu-lagu serta selawat dari Opick dan kumpulan nasyid jemputan.

pameran foto

antara yang hadir
Selain penerangan dari Duta Aman Palestin iaitu selebriti FarahDiba,terdapat juga acara lelongan barangan untuk derma ke tabung Aman Palestin.Barang-barang seperti serpihan Majid Qibli,Mafla,Baju dan Cenderamata dari Palestin.

di hibukan oleh Opick

Alhamdulillah kutipan malam itu sangat memberangsangkan,dan majlis ini membuka mata kami untuk lebih membantu kerja-kerja amal yang di anjurkan Aman Palestin.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh ke facebook AMAN PALESTIN

Post a Comment

0 Comments