Pilihan Menu Baru di Delifrance

Tak de idea nak lunch hari ni? Jom pi Delifrance,diorang baru keluarkan menu baru tuk 2015 ni.Tq Delifrance Mid Valley sebab jemput kami geng #kelabbloggerbenashaari tuk rasa menu baru ahad lepas.Meriah,dah la sedap-sedap menunya,jom baca.

org terawal sampai,okeh jangan layan yg kiri sekali tu hahhaa

sememangnya nama yang di kenali

Tq Cyntia yang sudi melayan kami,dah macam kedai sendiri kami buat,siap tambah meja lagi.Hidangan pun puas hati makan.

roti baguette makan dengan keju dan kaya,sedap,roti je keras skit.
Selepas je order air ,makanan di hidangkan alahaiiii memang sedap la,sesuai untuk breakfast dan lunch,hidangan tak berat sangat,sedang-sedang je.Bagi yang diet tu sesuai la.


Meatball Sandwich (RM9.90)

peach tea(RM5.90) dan Tuna sandwich(RM12.90)
Hidangan kat atas ni ada 3 pilihan roti iaitu Baguette,Croissant atau Ciabatta,dan filling atau intinya boleh pilih dari menu.

Meatball Pasta (RM15.90)

Ini air Cik Sue order ,teringin lama dah Jus Pomegranate (RM 8.90)
sedap,segar

Grilled Chicken Leg with Mushroom Sauce (RM18.90)
ayam yang lembut dan gravy sauce yang sedap,niceee je

Spicy Fish served with rice (RM18.90)
Bagi yang makan nak kena ada nasi jugak,haa elok amik yang ni,ikan dory ni sedap
serius sedap dengan sambal ala2 sambal belacan,yummyyy,tekak melayu tul hehehe

Yesssss...ini my feveret pi mana2mesti nak try lamb
Provencal Lamb Shoulder (RM28.90)
Perghhhh lembut giler daging,sos tu memang kenaaa je
Cik Sue rekemen try la yang ni bagi penggemar lamb

Okeh get ready nak perkenalkan menu baru ni......~drum roll~......hehehehe Roti Crois Bread yang di gabungkan dari bahan Oat Flakes,Sunflower Seeds,French Wholemeal Wheat Flour dan Linseed sememangnya bahan yang berkhasiat untuk diet yang sihat.Di gabungkan pula dengan filling ayam dan daging bersama sos,wahhhhh sangat la menawan tekak Cik Sue ni,korang ples la pegi cuba tau,memang tak rugi.


Chicken Crois Bread (RM 13.50 -harga set bersama ice lemon tea)
Beef Crois Bread (RM 16.50-harga set bersama ice lemon tea)
Ohhhh memang happy tummy bak kata hanim,heheheh perut riang gembira masa tu.Hidangan memang sedap-sedap.Delifrance ni Cik Sue tengok dia punya pastri memang A la,tiptop gitu,nak makan pastri sedap-sedap cari la kat sini,macam-macam filling ada,dengan lembut dan rangupnya,fuhhhh perut dan tekak memang bekerjasama sangat ,hehehhee.

Dah habis hidangan menu sedap-sedap tu ingatkan dah habis,tapi dapat pulak hidangan pastry2 yang ada kat situ,yummyyyyy.....

Chicken Ham & Cheese Croissant

puff pastry

apple turnover

sultana pastry
Dan yang pastunya terkenal sedap dan orang sentiasa cari ,macarons!

sedappppp....

Tq banyak2 Delifrance sebab dah gembirakan perut kami.Di akui hidangannya memang sedap.Kot ada yang nak buat discussion sambil minum tea di petang hari,meh cari Delifrance,memang sesuai.


Bersama pengurusan Delifrance Mid Valley,masing2 muka happy and happy tummy hehehhe
Siap Cik Sue tapaukan lagi nak bagi Mr D rasa,agak-agak kalau boleh telan tu boleh la ajak dia repeat lagi heheheh....Alhamdulillahhhhh,memang laju dia telan hahahha....



minum petang di tepi tasik dengan Pastry Delifrance
Bagi korang yang nak try cawangannya ada di :
-Mid Valley
-Avenue K
-Ampang Point
-Great Eastern Mall
-KL Festival City
-AEON Big Wangsa Maju
-Cheras Leisure Mall
-Paradigm Mall
-Tropicana City Mall
-The Strand
-AEON Big Bukit Raja
-Penang Queenbay Mall
-Aeon Tebrau City
-JB City Square
-Aeon Taiping

Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk web page DELIFRANCE dan FB DELIFRANCE 

bisik-bisik:
Konpem nak repeat lagi....oh lambbbb ah sudahhhhh~ ke lautttt diet hehehehhee

Post a Comment

8 Comments

  1. pehh terliornya tgk makanan lazat ..rugi x join.

    ReplyDelete
  2. Alamak.. Sedap giler nampak.. Dah la tengah lapar ni..

    ReplyDelete
  3. Wow! Romantiknya lepak tepi tasik...

    ReplyDelete
  4. Macam nak kena try sekali... tapi deli ni halal ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Délifrance mendapat pengiktirafan sijil halal dari JAKIM, hehehe...

      Delete
  5. wahhh... sedapnya..haris try yang nasik dgn ikan tu dan lamb yang cik sue rekomen tu.. :)

    ReplyDelete
  6. Mmg slalu bli pastry diorang... thorbaek...

    ReplyDelete