Bersantai di Farm in The City,Seri Kembangan.

Hallluuuuu...uishhh lama lak rasanya cuti,tau la cuti sambung kan,nak masuk keje  liat plak heheh,korang pi masa cuti Thaipusam? Cik Sue? Kita gi kebun je ,tengok binatang ternakan dah boleh jual ke belum hehehhe tak de la.Kebetulan free,ajak la Mr D pi jalan-jalan Farm In The City kat Seri Kembangan ,belakang Giant Equine tu.Jeles tengok geng-geng KBBA dok pi bawa anak kan,kita tak de budak nak bawa,so bawa la bapak budak hehehe....


Lokasinya senang je nak cari,belakang Giant Taman Equine,terusss je belakang rumah kedai Artmosphere tu,haa jumpa la.

entrance



Nah detailnya:
Normal entrance fee is RM48 and RM38 per adult and child below 12 years old respectively. Please present your MYKad to get promotion price of RM30 and RM25 per adult and child below 12 years old respectively. Thank you
Child below 90cm in height is FOC.Senior Citizen above 60 years old will enjoy child rate.

We are open on weekdays from 10.00am till 6.00pm. Weekend and holidays from 9.30am till 6pm. Closed on Tuesdays except during holidays.


kaunter tiket


ada family pakej,maklumat lanjut pi fb depa na


haaaaa abam totois ni encem la,umur dia 31 tahun dah,dah boleh kawin ni hahaah
takut2 berani je ni bagi makan.....

alaaa lupa dah nama spesis ni,comel jeee...

apaaa la en kuda padi ni bagi bontot lak kat orang
Kat Farm In The City ni yang bestnya kita boleh dekat dan pegang sendiri binatang tu,boleh bagi makan boleh belai tapi atas keberanian sendiri la ye hehehhe...errrr Cik Sue tak berani ngan semua ,haiwan tertentu je hehehhe...

serasi,bleh dah wat balik ni umur pun lebih kurang hahahah

antara spesis yang ada

comel plak dok bertenggek tepi tu

yang ni ai berkenan,curi wat balik kang haaaa
Selain haiwan2 yang sangat mesra dengan pengunjung ada juga bahagian tanaman sayur dan buah-buahan.Ni sesuai sangat la kalau cikgu-cikgu bawa anak murid bleh belajar sains tumbuhan dan haiwan sekali,seronok anak murid tengok yang real punya dari dalam buku kan.


tenang je,ni buat photoshoot pun lawa ni hehehe

katanya buah markisa,idok la teman tahu betul ke tidak ye

melenggang itik pulang petang ecewahhh

eeee sembelih buat gulai kang hahahah

tetiba rasa macam Mr D penyayang plak ngan binatang hahahaha

ni geng tak mandi ke apa ni hahah

anak mat saleh ni bising suh brader tu bagi anak kambing kat diorg
yang brader tu tak paham kot,buat dekkkk je hahhaha

see ada fruit farm lagi,maybe kalau musim boleh makan buah kot

alaaaaa comelllll errr dua2 comel hahaha

haaaa kat area sini anak-anak boleh tangguk/tangkap ikan kecik-kecik dalam longkang jernih
yang di sediakan,nak join tapi segan plak yang tua renta ni tak sedar diri heheheh

heyyyy ni ayam serama abah ni ~perasan~ hehehe

ni kalau jala ni buat gulai tempoyak bleh kenduri ni hahahh~gelak jahat~

Cik Sue suka betul burung merak ni,rasa nak tarik je ekor dia

nampak tak brado hensem kat belakang tu,org nak amik gambar
dia usha pelikkkk je hahaha

pak memerang

errr burung apa ni? kenari? nuri ke kakak tua? haaa failllll

ganas plak tgk natang ni

haaa anak-anak ini nama dia skunk,hidup kat gurun eropah sana
dia ni suka tido ko jerit la dia takkan bangun
dah la kentut busuk tahap beracun hahahha

ni tgh ngorat ke apa ni hehehhe


ni kalau org melayu panggil tupai tanah,eksyen tul muka

errrrr cam ne bleh bawa masuk keta dalam kebun ni heheh
Oh ya,bagi yang bawa anak-anak jangan risau kat dalam ni ada restoran dan gerai-gerai makana berkonsep ala kampung,tempatnya open dan selesa,bersih juga,harga pun berpatutan.Kot anak-anak lapar pas main ngan binatang kan bleh menjamu selera kat sini.




Jadi memang tak rugi bawa family dan anak-anak .cikgu-cikgu kalau buat lawatan pun ok,banyak benda anak-anak boleh belajar terutama budak-budak bandar yang tak pernah jumpa kambing lembu ayam segala tu kan.siap boleh sentuh bagi makan,pengalaman tu.

Jika ingin dapat kan keterangan lanjut dan promosi terbaru korang bleh ke page fb mereka 


bisik-bisik:
nanti nak bawa anak-anak saudara la plak.yang tua pun seronok pi sini.

Post a Comment

6 Comments

  1. cik sue ni kalau tengok binatang mesti teringat nak makan kan haha. Bahaya cik sue tau haha.

    Typo bersepah cik sue oiii ... gumbira nau sampai tershashul shashul ni hahaha :).

    Nanti nak gi pulak laaa .. nak bau kentut skunk tu betul ke beracun hehe :D

    ReplyDelete
  2. budak2 suka pergi sini... dlu masa pergi jenuh berlari kejar anak.. uhhuhu

    ReplyDelete
  3. Nanti boleh la bawa anak pula ke situ kak... errr

    ReplyDelete
  4. buah markisa tu sedap. my feveret oka. hehe

    ReplyDelete
  5. pergghh!!! bsar btul kura2 tu..hihi.....btw ,,visit me on shukranzahari.blogspot.com ...happy blogging

    ReplyDelete