Cabaran 30 Entry: Hari 16 : Siapa Dan Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi

Task hari ke 16,backdated dah Cik Sue ni,macam-macam hal lagi yang berlaku akhir-akhir,tak pe-tak pe Cik Sue kejar,jangan risau hehehhe....

Siapa dan bagaimana anda 10 tahun lagi? Ermmm masa tu dah 40+++ dah umur.Kita tak tahu apa perancangan Allah ke atas kita masa akan datang,tapi kita di suruh berusaha untuk hidup yang lebih baik.Kiranya task ini seperti matlamat dan gambaran impian kita nanti la.

Status :
Insya allah,semoganya sudah mempunyai keluarga bahagia,suami penyayang dan anak-anak soleh solehah andai di izinkan,pastinya ingin menjadi ibu dan suri rumah yang berjaya dunia dan akhirat.Mampu mendidik anak-anak ke jalan Allah dengan bimbingan suami juga.Semoga di makbulkan.


Kerjaya :
Harap-harap dapat la bekerja dari rumah,heheehe itu la impian,dah puas rasanya bekerja dengan orang,teringin nak buka bisnes sendiri dan running dari rumah sambil jaga anak-anak,insya allahhh...semoga di makbulkan.Sebenarnya ada lagi satu cita-cita Cik Sue ni,teringin nak ada restoran atau kedai makan sendiri,kecik-kecik pun tak pe lah hehee.


bisik-bisik:
itu je la sedikit sebanyak,tak mampu nak berangan tinggi-tinggi sangat hehehhee
semoga Allah makbulkan harapan ini

Post a Comment

2 Comments

  1. Insyallah.. Amin... memang impian semua wanita nak duduk rumah sambil menjaga rumahtangga..

    ReplyDelete
  2. in shaa allah akan beroleh apa yg dihajati nnt...aaminn

    ReplyDelete