Cabaran 30 Entry : Hari 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum...
Fuhhh .....back on track,terpaksa backdated lagi,kesibukan yang amat sangat sampai tak cukup tido.Okeh jom sambung,eh tajuk apa ni? oooo kenangan lucu,apa ek,jap nak ingat balik.Haaa ingat pun.

ini kambing ye anak2 hehehe

Dah kenapa kambing pulak ni,ye ada kisahnya.

Dulu kecik-kecik membesar ngan kakak n mak sepupu,kami beza 2 tahu je,mak sepupu ngan kakak Cik Sue sebaya,tiga-tiga pompuan.Mak sepupu dok ngan kitaorang sebab dah rapat dari kecik,tiga pompuan semua ada karekter tersendiri,kakak yang ala-ala tomboy,Mok Na (mak sepupu) yang lemah lembut lembik gemalai hahahh dan Cik Sue yang berani-berani takut.

Kisahnya satu malam ma ngan abah pi umah orang kenduri tinggal kitaorang bertiga kat rumah,pas maghrib dan siap makan malam masing-masing mengadap kerja sekolah,kebetulan tv pulak rosak.Masa tu dok berek atau kuarters KTMB,yang mana rumahnya berdinding kayu dah tepi rumah kitaorang ada laluan orang,tak berpagar dan ada pokok asam jawa.Jadi malam tu asyik la bertiga dok buat kerja sekolah dan main kaler-kaler buku,masa tu Cik Sue darjah 2 atau 3 kalau rak silap.Dalam pukul 10 lebih cam tu,terasa dahaga,Cik Sue ajak la Mok Na teman pi dapur amik air,selang satu ruang la nak sampai ke dapur.

Elok la kitaorg berjalan ke dapur,amik cawan n bukak peti ais amik air masak,elok je siap minum,bunyi sesuatu kat dinding dapur.Srettttttt......srettttttt.....Ah sudah! bunyi macam orang seret besi atau pisau kat dinding rumah,Kami saling berpandangan,tak sempat letak elok-elok cawan main lempar je cawan plasik tu,pakat lari gi ruang tamu,dan cerita la kat kakak yang konon-konon berani tu kan.Dengan berlagaknya dia pi la dapur kekonon nak tengok la apa benda kan,terhendap-hendap macam orang merompak lak,kakak pergi dulu ,Cik Sue ngan Mok Na kat belakang,elok dia sampai kat area peti ais,sretttttttttttttttttttttt...........sreeeetttttttttttt......Waaaaaaaaaa.....Dengan jerit dengan lari macam tak cukup tanah,tiga-tiga kitaorang lari masuk bilik dan masuk dalam kelambu,masa tu muka masing-masing pucat lesi hiris tak berdarah dah.Menggigil-gigil,tapi tahan la jugak sanggup dok berhimpit dalam kelambu dalam bilik,lampu pasnag tak tutup,tapi masak tu Cik Sue dan Mok Na sempat la gelakkan kakak,konon beranikan? sekali dia yang nangis,hahahahhahahaha.

Nak jadi cerita sampai pagi kami dok gitu dan tertidur gitu,bangun-bangun ma kejut nak gi sekolah,bersiap la macam biasa,selalu memang Cik Sue la yang siap awal.Dok la tunggu kak dan Mok Na kat tepi rumah,sebelah pokok asam jawa tu,memang nampak la dinding kayu kat dapur.Kebetulan masa tu ada kambing jantan tua bertanduk kat situ,dok lepak-lepak lepas kenyang sarapan agaknya.Dalam dok tunggu tu bleh pulak kambing tu bangun dan seret tanduk dia kat dinidng,gatal mungkin,tak sampai nak garu kan,sreeeeettttttttttttt......sreeettttttttttt.

Argghhhh...masa tu rasa nak sepak je kambing tu,dia rupanya malam tadi,warghhhhh....sekali dengar orang gelak,pusing belakang Mok Na ngan kak dah berdekah ketawa "Hantu kambing rupanya...hahahhaa...hahahha" kitaorang sama-sama gelak,sampai la kat sekolah.

Itu la kisahnya,kelakar ke? lucu ke? errrrr ntah,ingat balik nak gelak,geram pun ada,rasa macam nak sembelih je kambing tu.

bisik-bisik:
rindu plak sekolah belakang rumah waktu rehat lari balik umah makan lempeng hehehhe...







Post a Comment

1 Comments