Udang Ala Paprik


Memang rezeki kami satu rumah,balik dari bercuti Cik Zura bawa balik udang fresh dari laut Teganu,memang terasa kesegaran dan kemanisan isi udangnya,untuk penggemar seafood cam Cik Ngah ni,memang menjilat jari la.Udangnya pulak bukan kecik2,besar tapak tangan Cik Ngah ni ha,memang puas la makan.
Balik kerja semalam,teringin nak makan nasi ngan ulam n lauk,apa lagi berkung fu jap kat dapur.

Udang ala paprik

Bahan:
300gm Udang sederhana besar-buang janggut
2 batang serai ketuk
4 helai daun limau purut
4 sudu kicap lee kum kee
3 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1/2 batang lobak merah potong bulat
1 biji bawang besar potong bulat
4 ulas bawang putih ketuk atau cincang
1/2 inci halia cincang
3 biji cili api
Secawan air
Garam dan gula

Cara:
-goreng udang separuh masak dan ketepikan
-tumis bawang putih dan halia
-masukkan sos dan kicap
-masukkan cili api,lobak merah,serai dan daun limau
-masukkan air dan biar kuah mendidih
-kalau nak pekat biar kuah kering sedikit
-masukkan udang,bawang besar dan gaul rata
-perasakan

Bisik-bisik:
Memang puas hati dapat makan yg fresh macam ni,
Terasa manis isi udang.
Ni kalau kat kedai mau 20 30 ringgit ni..huuhuu



Post a Comment

5 Comments