Lawak Ke Der 3 : Review Lawak Ke Der 3 2013

tiket boleh di dapati di ticket2u.biz
Tension? Stress? dahhhh.tak payah banyak songeh,pi beli tiket kat ticket2u.biz cepat!
Daripada korang layan tension and stress tu baik la pergi bergelak ketawa kat istana budaya nun ha...
Ada apa Cik Ngah oii? apa lagi Lawak Ke Der 3 sudah kembali la,dari 3 hingga 8 Disember ini,alaaa masih sempat lagi ni.

Malam rabu lepas,Cik Ngah dapat jemputan untuk menonton live Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya bersama geng-geng blogger yang dari,terima kasih banyak kat Bro Framestone kerana sudi menjemput dan pihak Escape yang sudi menaja tiket.Lawak Ke Der 3 kali ini membariskan Jambu,Nabil,Harith,Douglas Lim dan Jeahan.Juga terdapat versi Bahasa Inggeris malam Jumaat 6 Disember 2013.

Lawak Ke Der 3 tak de Jozan? Best ke? ahahahaaa...tak pe,masih ada yang berbisa antara yang Cik Ngah memang tunggu adalah Harith Iskandar dan Douglas Lim,yes Douglas Lim,sebab apa,sebelum ni Cik Ngah hanya pernah tengok dia berlakon je,kat sitkom di tv,so nak tengok kemampuan dia buat stand comedy macam ni,boleh ke? 

Dannnn...dia la yang paling best tau malam tu,Cik Ngah gelak memang tak cover-cover ko..haahaa..siap kena sepak kaki ngan Mr D suh behave...hahahahha adoiiii sampai sekarang rasa nak gelak lagi...heheheh...
Douglas Lim memang layak dapat standing ovation malam tu bila habis part dia.

hahhaahaha...tgk muka dia pun rasa nak gelak...heheheee

Dengar cite tiket memang sold out la malam tu...memang penuh pun,Cik Ngah pulak dapat tiket betul2 depan meja sound engineer kat belakang sekali,di mana pengarahnya Hans Isaac sibuk dengan tugasnya.

penuh ko....haaaaaa.....

pengarah Lawak Ke Der 3 : Hans Isaac
 Ini kali pertama Cik Ngah jejakkan kaki di Istana Budaya,konon sebelum itu nak tengok teater Kesaktian Anak Raja Gondang kalau tak silap,tapi tak sempat nak gi beli tiket.So berbaloi juga dapat tengok Lawak Ke Der 3 kali ni.Memang pengalaman manis la bagi Cik Ngah.

dalam Panggung Sari,Istana Budaya

antara geng lelaki yang hadir

bunga-bunga yang menghadirkan diri...hehehe

anatara blogger yang hadir.....besttttt la koranggg....

So,sempat lagi ni sesiapa nak tengok Lawak Ke Der 3 ni,cepat-cepat k beli tiket,tak rugi.Nabil masih lagi host yang ngok ngek rasa nak ketuk kepala dengan lawak dia tu...hahahah... Jambu yang semestinya korang tahu tahap lawak dia macam mana,ala-ala comel dan rasa nak cubit-cubit diorang tu...Harith dan Douglas pula adalah stand comedian yang memang best la dalam Malaysia ni,tak leh sangkal lagi dah....

Seronok sangat rasa selain dapat tengok live,dapat pulak berkenalan dengan blogger2 otai yang lain,terasa kecikkkkk je Cik Ngah kat situ,buat muka tak malu je la gi tegur semua orang,heehheee....
Terima kasih banyak la pada semua ye.

bisik-bisik:
next time teringin nak tengok teater tradisional plak kat IB
Insya allah....


Post a Comment

2 Comments