Banjir di Pahang,Disember 2013

keadaan banjir yang semakin teruk
KUANTAN, 6 Dis - Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 10 malam tadi, semua mangsa adalah dari tujuh daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis dan Temerloh.

"Kuantan masih mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,587 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada BERNAMA, di Kuantan.

Di Rompin, seramai 4,180 mangsa banjir di 14 pusat pemindahan, Pekan 3,091 mangsa di 16 pusat pemindahan, Maran, 49 mangsa di enam pusat, Jerantut 311 mangsa di 11 pusat, Lipis 21 mangsa di dua pusat dan Temerloh dengan tujuh mangsa di satu pusat pemindahan.

Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, KM 72 Jalan Kuantan-Segamat, KM 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.

Polis menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan pada sebelah malam.


bisik-bisik:
seperti yang kita tahu,pantai timur semenanjung akan mengalami musim hujan atau musim tengkujuh setiap kali hujung tahun.Dan pasti nya akan berlaku bencana banjir di beberapa tempat,
Tahun ini dengarnya agak teruk bencana yang melanda...hinggakan ada bantuan yang tidak sampai ke tangan mangsa...sangat menyedihkan...semoga Allah permudahkan mereka yang dalam kesusahan.

Untuk yang ingin membantu,boleh la hulurkan bantuan kepada mangsa2 seperti di bawah :



Post a Comment

0 Comments