Pulau Ketam Ikan Bakar Ekspress

Lama tak review tempat makan kan?
Ini kebetulan pergi GM Klang dengan cousin and Cik Qaseh minggu lepas sambil selesaikan misi mencari barang kahwin my cousin,dapatla jalan-jalan cari makan sekali,hehehe...

Restoran Pulau Ketam Ikan Bakar Ekspress,memang berkonsepkan ekspres,cepat,mudah.
Masuk je pergi kaunter,akan di beri menu makanan dan minuman,ada juga set lauk  + nasi + air dalam harga yang agak murah di bawah RM12 dan dah cukup mengenyangkan.

So korang boleh order,bayar dan akan di beri resit beserta no order,tunggu di meja sehingga no anda terpapar ni led board di bahagian atas pintu masuk,pergi kat kaunter makanan dan ambil makanan anda,simple kan? Cik Ngah suka,senang....

hiasan dalam kedai agak klasik dan ruang terasa lebih nyaman


Cik Qaseh sedang menanti makanan

hiasan dinding kehidupan nelayan di Pulau Ketam

Hari tu kami order lauk yang berlainan dalam set nasi,yang bagusnya di menu tersebut juga di tulis bahan yang di masukkan dalam masakan lauk tersebut,so cousin Cik Ngah pilih yang tak de belacan sebab dia resdung.

ni pilihan cousin Cik Ngah ikan kembung tanpa belacan

ni pulak pilihan Cik Qaseh,bawal ,masak hawaian grill rasanya,lupa dah

ni Cik Ngah ordersayur tambahan ,kangkung masak nyonya,agak masam tapi sedap

ni lauk Cik Ngah sotong hawaian grill juga

Overall ,rasa makanan nya amemang sedap,service yang mudah,kedai yang selesa,banyak lagi pilihan makanan lauk yang ada,malah ada menu ayam juga.sesiapa yang berkunjung ke GM Klang boleh la try kedai ni,di area food court di bawah sekali.

bisik-bisik:
gi GM Klang
bawa duit banyak2 ye...heheheh
naik rambang mata,semua nak.
hehehhehe

Post a Comment

10 Comments