Meraikan Cinta : Sabrina & Saiful

Setelah sekian lama tiada majlis kenduri kahwin yang agak besar dalam family Cik Ngah sebelah abah,kali ini kami meraikan sepupu rapat Cik Ngah yang melangsungkan perkahwinan pada 12 Oktober 2013 di Machang,Kelantan.Agak besar kendurinya memandangkan Sabrina ni anak sulung dan satu-satunya anak perempuan Mak Su dan Pak Su.

Cuma yang ralatnya,Cik Ngah hanya mampu hadir pada hari persandingan sahaja,sedangkan dah di minta hadir pada majlis akad nikah malam sebelumnya,maaf la pengantin,Cik Ngah ada aral yang melintang,maklumlah,kali ni menumpang orang je nak bergerak,dengan kaki yang masih berdenyut,gagahkan juga balik.


kredit to Photographer majlis Amin Husin
Yang pasti majlis berlangsung dengan lancar dan meriah dengan kehadiran sanak-saudara yang lama tak berjumpa,satu yang Cik Ngah puji,acara majlis tidak terlalu formal,dan pengantin di kenalkan kepada setiap mak saudara dan bapa saudara satu-persatu,selalunyajarang amalan ini di buat masa kini.


Sabrina dan Saiful : semoga berkekalan ke akhir hayat
Cik Ngah sampai di rumah pengantin pun sudah agak lewat,pengantin sudah siap di mekap dan bersedia menunggu rombongan pengantin lelaki.Oh ya! tak berkesempatan mengambil gambar menu majlis kali ini,antaranya ayam paprik,gulai kawah,kerabu jantung pisang,sambal,ikan kering dan buah-buahan,simple tapi rasa makanan tetap sedap.

gambar outdoor pinjam dari page jurukameranya,lokasi Bukit Bakar,Machang,Kelantan.

Cik Ngah,Sabrina dan sorang lagi sepupu iaitu Cik Yan,kami rapat dari kecil lagi,walau berjauhan tapi selalu bersama bila sesekali berjumpa waktu cuti sekolah dan kenduri waktu dulu-dulu,banyak childhood memories kami.Cik Ngah mendokan semoga mahligai yang di bina kekal ke akhir hayat.


ambik berkat,tinggal la kami berdua,Cik Ngah dan Cik Yan

bersama pengantin baru....
bisik-bisik:
Seronok tengok orang bahagia,
semoga Allah beri peluang Cik Ngah bahagia juga,
doa-doakan ye...

Post a Comment

1 Comments