Movie : The Conjuring

 

Assalamualaikum....

Entah kenapa teruja sangat and nak sangat tengok cerita ni,padahal penakut.Filem bergenre supernatural horror ni agak 'memanggil2' tuk Cik Ngah tonton.So,malam kelmarin pergi la tengok dengan Mr D,tengok kat TGV Jusco Balakong sebab kat Alamanda,Putrajaya tak de cite ni,tak tau la pulak napa.

Dan seperti di jangka,Cik Ngah memang terjerit di buatnya,tapi tak de la takut sangat cuma banyak terkejut dengan scene2 hantu yang bertindak ganas dan nak cederakan orang,huh....sian kat Mr D asyik tahan telinga Cik Ngah dok jerit.

The Conjuring mengisahkan karier Ed dan Lorraine Warren sebagai pengkaji paranormal terkenal,dan kisah ini berdasarkan kisah benar,cerita bermula bila mereka menerima kes gangguan di sebuah rumah ladang di  Harrisville,Rhode Island dalam tahun 1971 yang di diami oleh Carolyn dan Roger Perron bersama 5 anak gadis mereka.Berbagai gangguan dari roh penghuni asal iaitu Bathsheba yang mengamalkan sihir serta mengorbankan anaknya untuk pemujaan syaitan,malah merasuk setiap ibu yang pernah tinggal di situ untuk membunuh anak mereka sebagai dendam kerana tanah ladangnya itu di rampas dan tanah seluas 200 hektar miliknya di bahagi-bahagikan.
Rasukan ke atas Carolyn untuk membunuh anaknya agak ganas dan cuba di halang oleh pasangan Warren.
Kesudahannya? tengok la sendiri...hahahhaha....

Bagi Cik Ngah cerita ni agak menarik dengan kisah benar yang di angkat menjadi filem,di tambah pulak dengan aksi ganas rohnya,betul-betul berlawan la,sampai tahap pecah kepala gitu...haaaa...
Nak kata seram ngan hantunya tak jugak,sebab hantu omputih ni tak macam hantu melayu,opsss...heehee
Cite hantu melayu,hantu yang dok jerit,hantu omputih ni kita yang tengok dok jerit ngan ngeri,haaa...baru la cite hantu namanya...heheeee....

Apapun Cik Ngah suka dengan kata-kata terakhir masa last cite ni

"Dalam dunia ni perkara ghaib itu memang wujud,yang jahat itu ada,yang baik itu ada,syaitan itu ada,tuhan juga ada,terpulang pada diri sendiri,mahu pilih yang mana"

haaa...lebih kurang cam tu la ayatnya bila di translate...
Apapun tak rugi tengok filem ni,agak menarik aksinya,logik di akal.

bisik-bisik;
kekadang yang takut tu la lagi nak tengok
errrr.....




Published with Blogger-droid v2.0.10

Post a Comment

5 Comments

  1. hari tu dah donlod & dah tengok pun tapi permulaan cita tu macam boring ckit.. trus malas nak teruskan.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah,openingnya memang slow skit,tapi lepas tu memang best gak la....tgk je...layan..hehehe

      Delete
  2. grrrr kak sue! tgh syok baca sinopsis, tetiba kene tgk sendiri pulakkkk..kata tak bagi tgk >.< haha. tp fiza baca sinopsis pun dah th mcm mana takutnya. kak sue pun boleh menjerit-jerit , kalau fiza agaknya kene bawak mask tutup mata terus :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan suruh korang la....korang tkecuali..heheh

      Delete
  3. I pn dh tgk cite nie..mmg seram habis.. ;)

    ReplyDelete