Cekodok Jagung Manis


Alhamdulillahhhhh....menang pun malaysia lawan laos tadi,4-1...
Baru la betul- betul harimau mengaum,ermmmm...harimau ni memang la,nak kena ketuk baru nak bangun,dah lapar baru nak ngamuk...heeheeehee......
Tadi balik awal pun sebab nak tengok bola,dah la kena hujan,balik terus mandi,takut demam lak nanti.....
Memandangkan nak tengok bola,haruslah ada kudapan tuk kunyah ngan teh o panas kan,kena lak hari hujan ni,memang syok ar,tgk pulak baki jagung rebus ada lagi dalam peti ais,so mari kita buat cekodok jagung manis,jom.....
Bahan :
1 tongkol jagung rebus yang di cincang isinya
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu besar ibu roti atau mauripan
1 cawan air suam
Secubit garam
Cara :
-bancuh ibu roti/mauripan dalam air suam bersama gula
-bancuhkan sekali semua bahan dalam mangkuk
-panaskan minyak dan goreng bancuhan tersebut hingga kekuningan
-angkat,toskan minyak dan sedia di hidang
Selamat menikmati....
Bisik-bisik:
Tak suka dengan orang yang bercakap kuat tika berbual perkara peribadi di handphone,seolah nak bagitau satu dunia,haihhhh..tolong la....tau tak itu mengganggu orang lain?...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Post a Comment

2 Comments

  1. Hebat!!! tertiba lapaq jagung bakar =)

    ReplyDelete
  2. minggu ni orang cerita pasal cekodok je...macam2 dibubuhnyakan..

    ReplyDelete