Pertemuan Selepas 13 Tahun Terpisah...

Salam pagi sabtu....
Salam berhari minggu semua,korang buat apa ari ni? ke open house ke? Cik Ngah pun ada gak undangan ke open house.kena rancang betul-betul perjalanan bila jarak antara rumah yang nak pergi tu satu ke utara dan satu ke selatan...heeeheee....
Dalam berhari raya dan beropen house,masa ini lah kita mengeratkan silaturrahim sesama saudara mara dan kawan-kawan lama dan baru kan?....Cik Ngah bersyukur sangat Ramadhan dan Syawal tahun ni memang rezeki berjumpa dengan kawan-kawan yang dah berbelas tahun tak jumpa.....start abis SPM,terus lost contact,2 3 tahun ni je jumpa balik kat facebook dan blog....syukur sangat pada Allah,masih kekalkan jalinan persahabatan kami,walau dah berbelas tahun,namun ingatan pada kawan-kawan taaak pernah pudar,tambah-tambah yang membesar bersama.
Yang ini,pertemuan pada malam raya ke tiga,kebetulan Cik Ngah balik awal ke Putrajaya,Che Semah pulak Whatsap,dengan tak di rancang malam nya kami berjumpa,mulanya nak belanja diorang makan kat Alamanda,tapi tak de rezeki pulak dah nak tutup pun,so lepak je kat kedai mamak.


Ni gambar kelas masa Form 5 di Sekolah Menengah Padang Tengku,yang pakai tudung biru tu la Che Semah aka Asmahani,penolong ketua pelajar tahun tu aka my classmate,my hostelmate....
Terharu sangat sebab Che Semah sanggup datang Putrajaya,bawa putera dan puterinya yang aktif tu.malam-malam pulak tu,Terima kasih gak kat hubby Che Semah sebab bawa dia jumpa Cik Ngah,memang terharu.Kiranya perjumpaan blogger gak la ni,sebab Che Semah pun blogger sekarang,heeeheehee....


puterinya yang aktif,comel,nampak je ganas tapi ada keayuan yg tersembunyi..heeee ~Sara~

gambar terbaru,dulu Cik Ngah kecik je masa sekolah,sekarang lagi besar dari Che Semah~jeles,che semah slim~

Kami~tak de lak gambar hubby dia......

dua budak aktif,tapi cerdik.....





tanda mata dari Che Semah~speechless kejap...terharu..Cik Ngah tak de apa nak bagi..huuu

bisik-bisik:
ada lagi kawan2 lama yang jumpa tapi tak sempat nak amik gambar
jumpa Haniza Saat masa Shopping raya kat Shah Alam
Amy Farina plak kat hospital lipis masa melawat atuk,dah jadi nurse dia
rindu kat kawan2 sekolah....huuuuu


Post a Comment

9 Comments

  1. bestnya jupo saeng2 lamo..mesti dok ungkit crito2 lamo pah2 suko dih k.sue..

    ReplyDelete
  2. bestnya jupo saeng2 lamo..mesti dok ungkit crito2 lamo pah2 suko dih k.sue..

    ReplyDelete
  3. small world. my friends, Ty xrase bminat dgn blogging...

    ReplyDelete
  4. adusss terharunye baca... pasni kite jumpa lagi taw ^_^

    ReplyDelete
  5. smg persahabatan itu kekal abadi...

    comeynyer dua budak aktif tu... hehe

    ReplyDelete
  6. kita bila plak nk jumpa k.sue hehehe

    ReplyDelete
  7. Puteri Rimba,Selamat Ari Raya...
    Bila kite nk jumpe plak...?

    ReplyDelete
  8. puteri tak nak pun dtg jumpa saya..sob..sob..sob...nak nangis kejap

    ReplyDelete