Salam Isnin kawan-kawan,jangan la monyok je,ceria dan senyumlah selalu ye,itu juga terapi.
Menulis entry hari ni dengan kepenatan bekerja 7 days a week,dengan pms lagi ermmmm...memang pakej cukup lengkap bila di tambah dengan mograin dan kejang kaki,Alhamdulillah,ini salah satu tanda Allah masih sayang kita kan dengan kurniakan ujian,tanda Dia masih bersama kita,Dia nampak kita kan?....

Cik Ngah nak kongsi ngan korang,pernah dengar or terjadi tak depan korang? berdepan dengan pasangan yang korang tahu,diaorang ada hubungan seperti bertunang atau memang serius dalam hubungan tu tapi bila kenalkan pasangan diorang,just kenalkan sebagai kawan rapat?....apa pendapat korang? errrr...jangan salah faham ye,ini bukan cerita Cik Ngah.Cuma semalam terserempak kejadian ini.
Kesian pulak tengok yang perempuan tu,berubah riak wajahnya bila pasangan dia kenalkan macam tu,tapi dalam group tu hanya Cik Ngah la yang tau apa hubungan diorang sebenar...

Apa sebenarnya yang ada dalam fikiran si lelaki ni,malukah? takut jatuh "saham" depan kawan-kawan perempuan dia ke? malu dengan fizikal pompuan tu ke? tapiii pompuan tu cantik,perangai pun elok....napa agaknya ye? dengar cite diorang nak kawin kurang setahun dari sekarang...ermmmm tak paham betul la,bukan la nak busy body,Cik Ngah tak de la pulak gi tanya pompuan tu,just diam and buat tak tau je,cuma kesian pulak tgk pompuan tu.Mesti dia kecik hati dan rasa tak di hargai kan.....

Bagi lelaki tu,apa yang kamu cuba buktikan sebenarnya? apa dalam fikiran kamu? tidakkah kamu tahu yang kamu melukakan hati pasangan kamu itu,yang sanggup susah senang bersama kamu? sanggup menerima baik buruk kamu?....ermmmm sungguh la tak faham Cik Ngah...

bisik-bisik:
Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia