Apa di hatimu?....



Salam Isnin kawan-kawan,jangan la monyok je,ceria dan senyumlah selalu ye,itu juga terapi.
Menulis entry hari ni dengan kepenatan bekerja 7 days a week,dengan pms lagi ermmmm...memang pakej cukup lengkap bila di tambah dengan mograin dan kejang kaki,Alhamdulillah,ini salah satu tanda Allah masih sayang kita kan dengan kurniakan ujian,tanda Dia masih bersama kita,Dia nampak kita kan?....

Cik Ngah nak kongsi ngan korang,pernah dengar or terjadi tak depan korang? berdepan dengan pasangan yang korang tahu,diaorang ada hubungan seperti bertunang atau memang serius dalam hubungan tu tapi bila kenalkan pasangan diorang,just kenalkan sebagai kawan rapat?....apa pendapat korang? errrr...jangan salah faham ye,ini bukan cerita Cik Ngah.Cuma semalam terserempak kejadian ini.
Kesian pulak tengok yang perempuan tu,berubah riak wajahnya bila pasangan dia kenalkan macam tu,tapi dalam group tu hanya Cik Ngah la yang tau apa hubungan diorang sebenar...

Apa sebenarnya yang ada dalam fikiran si lelaki ni,malukah? takut jatuh "saham" depan kawan-kawan perempuan dia ke? malu dengan fizikal pompuan tu ke? tapiii pompuan tu cantik,perangai pun elok....napa agaknya ye? dengar cite diorang nak kawin kurang setahun dari sekarang...ermmmm tak paham betul la,bukan la nak busy body,Cik Ngah tak de la pulak gi tanya pompuan tu,just diam and buat tak tau je,cuma kesian pulak tgk pompuan tu.Mesti dia kecik hati dan rasa tak di hargai kan.....

Bagi lelaki tu,apa yang kamu cuba buktikan sebenarnya? apa dalam fikiran kamu? tidakkah kamu tahu yang kamu melukakan hati pasangan kamu itu,yang sanggup susah senang bersama kamu? sanggup menerima baik buruk kamu?....ermmmm sungguh la tak faham Cik Ngah...

bisik-bisik:
Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia

Post a Comment

6 Comments

  1. kalau qaseh kena memang bergaduh 40 hari 40 malam .. hihi kuang asam je ngaku jelah ni tunang saya .. entahlah kak sue .. tercabut wayar

    ReplyDelete
  2. maybe si jejaka tak mahu orang tahu, kot2 takut dicaras....fuyoh...sama gak dgn bertunang...biar famili yg tahu dari malu tiba2 putus...takut mendatangkan fitnah

    ReplyDelete
  3. ishh , kalau fiza .. mesti terasa sgt lah . dah nak kawen , nape nk malu akui status sebagai tunang kan nanti dh kawen pun nak kenalkan isteri kat org lain sbg kawan jugak ? erm .

    ReplyDelete
  4. Kalau tak fikir panjang memang ty surely mengamuk gila punya tapi if rasa ada harga diri ty putus je kot tunang. Sebab kalau dah kawin apa pula dia nak perkenalkan? Huh..

    Harap si dia tu banyak bersabar.

    ReplyDelete
  5. si lelaki tu xseharusnya buat mcm tu... Mesti dia ada agenda lain agaknya... Pe2pun, kita kena bersangka baik, Hosnuzon... Tp bg sy, mmgbtak patut.. Dan sy sendiri mmg xsegan silu mmperkenalkan pasangan sy pd umum, bkn sb nk angkuh atau nk mnunjuk... Tp sebab sy SAYANG dia sepenuh hati.. Si dia tu kena ajk pasangannya berbincang

    ReplyDelete
  6. tak sepatutnya lelaki tu buat pasangan dia mcm tu. saya x leh nak accept perbuatan lelaki mcm tu. kalau dia malu nak mengaku perempuan tu as makwe dia..KENAPA? dia masih nak bersama? why not cari jer perempuan yg dia rasa dia boleh nak bangga tuk diperkenalkan kpd rakan2 dia.....

    saya dapat merasai apa yg perempuan tu rasa......hopefully mr D tak buat gitu ngan cik ngah..klu tak siapla dia.....

    ReplyDelete