Sumpahan Kum Kum

 Assalamualaikum semua....
Salam petang Sabtu...aduihhhh,baru la sempat nak update blog ni ha,busy teramat Cik Ngah ni....heeee...(macam alasan biasa jeeee...)
Tapi memang busy betul tau....just dapat blogwalking kejap-kejap je....Sabtu la free sikit,buat kerja dengan santai,half day pulak tu,petang-petang ni baru la boleh nak berjalan-jalan di alam maya ni...heeee
Ok lah,Selasa lepas Cik Ngah pau  join Ujang lagi, gi Pra Tonton Filem Sumpahan Kum Kum, sebelum ni Cik Ngah dah pegi Pra Tonton Filem Keramat.
Apa yang boleh Cik Ngah katakan,Filem Keramat tu seramnya tahap 2 la,ingatkan Sumpahan Kum Kum ni lebih kurang je,rupanyaaaaa....amik kau,drive balik sorang-sorang meremang bulu roma,berdegup kencang jantungnya...heeee...Cik Ngah memang penakut okeh,tapi sangat la suka mencabar diri sendiri.
Nak ikutkan sebelum ni (time tak sihat dulu) Cik Ngah di larang tengok cite-cite cam ni,taku lemah semangat,tapi bila dah rasa segar n dah sihat ni,datang balik hobi menonton cite2 seram,bunuh-bunuh and misteri ni.Alhamdulillah la,tak de sampai nak gi bilik air tak lepas lagi...heeee...

Sinopsis :


Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.
Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.
Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.
Apa yang berlaku seterusnya? tontonlah di pawagam bermula 26 Januari 2012,memang tak rugi.tak caya tengok trailernya kat bawah ni.



Barisan pelakon dan pengarah

Penerbit : David Teo
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Pelakon :
Fezrul Khan
Shima Anuar
Wawa Zainal
Putri Mardiana
Lydiawati
Kazar
Maimon Talib


bersama Fezrul Khan

Bagi Cik Ngah walaupun filem ni membariskan pelakon baru,lakonan mereka memang boleh di puji,terutama Fezrul Khan,mungkin dia banyak pengalaman berlakon drama dan telemovie yang tak kurang hebatnya,antara yang Cik Ngah memang ingat lakonannya adalah,Drama Jelatang.Kemunculan Wawa Zainal pun berkesan jugak la,dia pernah muncul dalam siri Ana Lulu di TV3 dulu,di samping Shima Anuar dan Putri Mardiana.
Tapi mula-mula tengok cite ni Cik Ngah punya la tak cam sapa la mak si Adi tu,rupanya Lydiawati,lama tak tengok dia berlakon,dulu-dulu minat gak ngan dia.

bergambar dengan Shima Anuar

Ramai jugak rakan blogger yang pergi,ada yang dah jumpa masa tengok Filem Keramat ari tu,tapi biasa la kan Cik Ngah ni kan pemalu berat mulut  sikit...antaranya :



dan ramai lagi yang Cik Ngah tak berapa kenal

bisik-bisik:
Mak dah bising,asyik tengok cite hantu,pastu mula la pikir mengarut dok sorang-sorang,
tak peeee...Cik Ngah dah sihat..heeee...
best tau cabar diri sendiri ni....


Post a Comment

1 Comments