Ayam Sambal Hijau



Dah lama tak masuk dapur (seminggu je pun), ni entry masak-masak first tuk tahun ni (kalau tak silap heee...)...
masak tuk bekal kerja,balik kerja semalam pergi mini market beli bahan,terjadi la peristiwa menakutkan,bergaduh dengan sorang lelaki yang sangat kurang ajar bahasanya,kena pulak Cik Ngah tak de mood,memang mendapat la kan....nasib baik bertekak je...padahal dah dup dap dup dap dalam hati...sib baik bukan salah Cik Ngah,dia je yang tak pasal-pasal meroyan..heeee....
ok,jom layan resepi ni...

Ayam Sambal Hijau

bahan:
400gm ayam-potong kecik,goreng garing
3 helai daun limau purut
1 batang serai-ketuk
3 sudu sos tiram
garam dan gula

bahan kisar:
6 biji cili hijau besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
-kisar halus

cara:
-tumis bahan kisar sampai naik bau
-masukkan sos tiram
-perasakan garam dan gula
-masukkan ayam goreng
-gaulkan sebati dengan api kecil
-masukkan serai dan daun limau purut
-hidang panas-panas

bisik-bisik :
kalau dah ada mood asyik nak memasakkkk je
kalau tak de mood,balik umah dok berkurung aje dalam bilik..

Post a Comment

0 Comments