Tiada Keizinan....


Sami Yusuf- Al Mu'allim
-sangat tenang mendengarkan ini di pagi hari-

Assalamuaalaikum wbt....
Salam pagi Jumaat yang penuh berkah....apa khabar semua kawan2 Cik Ngah?...
Sekian lama (baru seminggu heee...) tak berupdate blog ni.....terbiar tanpa sebarang entry,percayalah.....bukan kehendak hati mahu begini (cewahhhh...),kekangan waktu dan kesibukan menyelesaikan urusan yang menjadi penghalang.
Dua hari sebelum sambutan Awal Muharam,mendapat panggilan dari kampung,mendengarkan berita kematian ibu saudara yang agak rapat,terasa segar lagi kenangan menumpang di rumahnya lebih kurang 2 tahun masa bersekolah di Clifford dulu.Masakannya,nasihat2 nya,semoga rohnya di cucuri rahmatNya.
Pulang ke Putrajaya pula di serang sakit tekak,selsema dan migraine (dah lama tak kena,sejak2 pakai spek)
dan sampai hari ni,masih batuk tak berhenti-henti lagi,malam pulak susah nak tidur,
Ya...itulah di katakan bila Allah tidak memberi keizinannya...walau kita usaha macam mana pun,tak kan berlaku kalau bukan dengan izin Dia yang di atas sana.
Errrmmm....ubat batuk dah habis sebotol,tapi sakit tekak dan batuk,masih juga tak hilang (itu juga tak di izinkan,mungkin sebagai kifarah dosa-dosa yang Cik Ngah buat)
Insya Allah,akan update lagi dengan entry2 lain nanti ye...

bisik-bisik:
hari ni nak ke rumah mak angkat
mencari ubat,dan menjenguk bertanya khabar setelah 
hampir 3 bulan tak ke sana.






Post a Comment

2 Comments

  1. semoga cepat hilang batuk ye.. :)

    ReplyDelete
  2. Sallam PR,

    Dia yang memberi penyakit,
    dia juga yang akan menyembuhkannya.
    dan berusaha untuk sembuh adalah wajib.

    ReplyDelete