Patin masak masam manis

 Assalamualaikum dan selamat hari Isnin yang ceria ini....(ecehhhh...ceria lak..padahal ramai yang monday blues ari ni kan) heeeee....jangan la cam tu,semangat dan bertenaga la sikit ye,semalam kan dah rehat...
Petuanya senang je,bangun pagi,mulakan dengan senyuman,selawat banyak2....mesti ceria.
Okey2,hari ni nak kongsi resepi ikan air tawar pulak...Cik Dhia bawa balik ikan patin yang di pancing dengan si pendeknya...(jgn marah ye Dhia...ha..ha..ha..)

Patin Masak Masam Manis


Bahan:
3 potong Ikan patin yang dah di perap garam kunyit
 dan sedikit lada hitam
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
di tumbuk
1 batang serai-ketuk
2 helai daun limau purut
4 biji cili api hijau-ketuk
1 biji bawang besar potong bulat
2 sudu soso cili
2 sudu sos tomato
2 sudu cili giling
2 sudu jus limau kasturi
garam dan gula

Cara:
-goreng ikan yang di perap sampai garing dan ketepikan
-tumis bahan tumbuk dan cili giling
-masukkan sos cili dan tomato
-masukkan serai dan cili api
-masukkan daun limau purut dan jus limau
-masukkan bawang besar,biarkan sampai layu sikit
-siramkan sos ke atas ikan
(kalau nak cair,masukkan air setengah cawan)
-perasakan garam dan gula



bisik-bisik:
hari minggu tak ke mana
sibuk dengan kerja
and masa untuk shopping barang dapur
urmmmm...as usual,tuk 2 rumah
heeeee.....








Post a Comment

2 Comments

  1. Sallam PR,

    Tak pernah rasa patin masam manis,
    biasa buat gulai masam tempoyak je, mesti sedap ni..nanti nak cuba resipi ni.

    ReplyDelete
  2. cuba la...saya pun suka masak tempoyak gak,tapi kalau dah jemu,masak cam ni pun ok...rasa masam2 tu sedap...heee

    ReplyDelete