Hai korang,
Dah selesai ke persiapan raya semua? Elok juga selesaikan awal-awal ,senang nak balik kampung nanti kan atau jika ada masalah senang nak tukar atau betulkan.Cik Sue memang tiap tahun sebelum atau awal puasa dah selesai semua.
.jpeg)
Kenangan Raya Dulu-Dulu.
Dalam sibuk buat persiapan raya ni mulalah dok teringat kenangan zaman kecil-kecil arwah nenek atuk ada lagi.Kemeriahannya lain macam ye.Mungkin sebab masa tu kita masih kanak-kanak kan,memang teruja kalau tiba hari raya.Manakan tidak ,dapat baju baru sepersalinan,keluar shopping dengan ibu ayah,semuanya jadi kenangan indah kan.

Kenangan Cik Sue dengan adik beradik kecil-kecil dulu ,jarang kami beli baju raya ,selalunya ma akan beli kain dan jahit sendiri.Dan selalunya arwah nenek akan hantar sulam atau jahit manik ,vibe ye zaman dulu-dulu.Rindu pula design baju raya klasik dulu-dulu.
Bila dah beli tu ,nak sampai hari raya ,tiap hari la dok belek dok susun kat almari ,elehhhh korang pun macam tu kan hahahha,biasa la excited baru baru dan cantik kan.
Kini arwah nenek dan atuk dah tak de,ma abah pun dah uzur,giliran Cik Sue pula bawa anak-anak buat persiapan raya,carikan baju dan kelengkapan raya untuk mereka,tanya apa citarasa mereka ,supaya ada kenangan kami untuk di kenang nanti.
Cumanya itu la,Cik Sue tak pandai menjahit,setakat jahit seluar koyak ,oter kaki seluar boleh la hahahah rugi kan tak belajar menjahit dulu hehhe,jadi bawa shopping je la mampu.
Koleksi Hari-Hari Raya 2026 di Pusat Pakaian Hari-Hari.
Tahun ni Cik Sue pilih bawa anak-anak ke Pusat Pakaian Hari-Hari,kenapa? sebabb design baru raya tahun ni dari mereka cantikkkkk dan ada klasik vibe.Dok pilih baju pun boleh terkenang memori lama,zaman-zaman kecil ,zaman-zaman remaja baru lepas sekolah gitu.
Jenis kurung kedah sulam,kurung kedah lengan panjang,memang vibe 90an sangat ye,kualiti pakaian pun bagus,cantik-cantik coraknya.Orang kata simple tapi tetap lawa di mata.
Baju melayu lelaki,kurta,songkok dan sampin pun semua ada,sama juga rekaan simple tapi kualiti kain cantik,sejuk,selesa.En Suami memang suka baju melayunya,selesa pakai kata dia.Untuk kanak-kanak pun banyak pilihan kurta dan baju melayu,design dan kualii kain pun sesuai untuk anak-anak.
Harga Mampu Milik Dan Jualan Clearance.
Kenapa Cik Sue suka shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari juga adalah sebab harganya berpatutan dan mesra poket untuk golongan keluarga B40 macam kami ni.Sepasang baju kurung perempuan dan sepasang baju melayu pun di bawah RM100,sangat berbaloi dengan kualiti kainnya,Cik Sue suka.
Samping pun harga berpatutan untuk kanak-kanak hingga dewasa mengikut saiz dan panjang,dalam lingkungan RM12.90 untuk kanak-kanak ,samping dewasa dalam RM39.90 hingga RM70 ++ mengikut saiz dan kualiti.
Selain itu,Pusat Pakaian Hari-Hari adakan jualan penghabisan untuk pakaian terpilih dengan harga RM5 hingga RM25.Jadi kalau ada yang nak cari persalinan kedua ketiga bolehlah ambil yang harga penghabisan ini.
.jpeg)
Promo Freegift Beg Woven dan Sampul Raya.
Bermula 21 Februari sehingga habis stok ,Hari-Hari ada promosi raya dengan pembelian tertentu:
.jpeg)
Pembelian RM120 ke atas ,korang boleh dapatkan sampul raya percuma.
Pembelian RM200 ke atas ,korang boleh dapatkan beg woven sempena raya percuma.
Jadi,pergilah shopping baju raya di Hari-Hari ye,sangat berbaloi,malah design pakaian tak kalah dengan butik-butik juga pun.
Jom Bergaya di Hari Raya dengan Hari-Hari.
See,cantikkan pilihan Cik Suekat Hari-Hari? Simple tapi masih cantik dan sweet,kualiti setanding baju raya mahal-mahal.Malah boleh sedondon pula tu anak-beranak,senang ,semua bawah satu bumbung.Kali ni Cik Sue amik kurung Kedah yang bersulam keliling meja.
Dengan tema " Raya Macam Dulu-Dulu,Hari-Hari Sentiasa Di Sisi" mereka membawa kembali kenangan raya macam dulu-dulu kenangan kita dengan mak ayah dan keluarga.
Dapat la mengimbau keseronokan dan memori indah ,dan kita bina smeula bersama anak-anak.
Selamat Hari Raya semua,moga Syawal yang datang dapat meleburkan segala salah dan silap.

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
1 Comments
bestnya shoping dekat Hari Hari. dulu masa kecik2 pun mak suka bawa dkt sini. sebab mudah sangat. semua ada
ReplyDelete