KASUT SEKOLAH PALLAS : PILIHAN UNTUK KESELESAAN



Kembali ke sekolah 2024

Alhamdulillah rasa macam cepat sangat pula masa berlalu ,bulan Mac 2024 ni ,Humaira dah masuk Darjah 2 ,dah 8 tahun anak ibu,macam tak percaya pula.Syukur juga sepanjang persekolahan Darjah 1 dia boleh bawa diri dan gembira ke sekolah.



Sesi 2024\25 ni mak-mak semua dah buat persiapan ke? Cik Sue walaupun baru seorang yang sekolah ,dah mula buat persiapan sikit-sikit,kebetulan pula sesi persekolahan ,akan bermula bulan puasa seterusnya hari raya,jadi kesibukan tu memang terasalah dengan urusan menjaga orang tua uzur lagi,Cik Sue ambil langkah buat persediaan awal.



Pentingnya memilih kasut sekolah terbaik untuk anak.

Dari segi pakaian sekolah Humaira Cik Sue memang teliti sikit berkaitan kasut dia,sebab Humaira ada masalah “flat feet” atau tapak kaki rata ,tiada lengkungan tapak kaki macam orang biasa. Jadi dia akan mudah rasa letih ,sakit betis serta pinggang bila berdiri lama,setakat ni kami sudah bawa ke doctor,dan di nasihat pakai insole atau pelapik dalam kasut untuk bantu dia lebih selesa.

Selain dari itu,kita mak-mak ni kena pentingkan juga ciri-ciri yang sesuai berkenaan kasut sekolah ye,bukan sembarangan je nak beli asalkan murah dan cantik,Cik Sue akan pilih yang berkualiti dan selesa di kaki anak,antara ciri yang kita kena titikberatkan adalah :

Keselesaan :

Tapak yang empuk : Pastikan kasut mempunyai tapak yang empuk untuk memberikan keselesaan kepada kaki kanak-kanak semasa bergerak.

Penyokong lengkungan : Bagi kanak-kanak yang sudah membesar ,penyokong lengkungan adalah penting untuk menyokong struktur kaki yang sedang berkembang.

 

Keselamatan :

Anti Slip : Kasut sepatutnya mempunyai tapak yang anti-slip untuk mengelakkan kecederaan akibat tergeloncir ,terutama semasa cuaca hujan atau lantai yang licin.

Penutup Jari :

Bagi kanak-kanak yang aktif,kasut dengan penutup jari boleh memberikan perlindungan tambahan.

 

Mudah di pakai :

Sistem penutupan mudah : Kasut dengan system penutupan seperti Velcro atau getah yang mudah untuk kanak-kanak memakai dan melepaskan kasut sendiri.

Material berkualiti :

Bahan yang tahan lama : pilih kasut yang di perbuat daripada bahan yang tahan lama dan boleh mengekalkan keupayaan mereka untuk jangka msa yang lama.

Bahan yang mudah di bersihkan : kanak-kanak cenderung untuk bermain kotor oleh itu ,pilih kasut yang mudah di bersihkan.

 

Ringan dan fleksibel :

Ringan : kasut yang ringan membolehkan kanak-kanak bergerak dengan lebih mudah dan selesa.

Fleksibel : Pastikan kasut cukup fleksibel untuk pergerakan semulajadi kaki tanpa menyekat pertumbuhan atau keselesaan.


Saiz yang sesuai :

Saiz yang betul : Pastikan memilih kasut yang sesuai dengan saiz kaki kanak-kanak dan memberikan sedikit ruang eksrta untuk pertumbuhan.

Rekabentuk menarik:

Menarik untuk kanak-kanak : Pilih kasut dengan rekabentuk atau warna yang menarik untuk kanak-kanak,ini boleh meningkatkan minat untuk memakai kasut sekolah.

 

Memilih kasut sekolah yang sesuai akan membantu memberikan keselesaan kepada anak-anak,menggalakkan mobility dan mengurangkan risiko kecederaan.

 

Kasut Sekolah Pallas Pilihan Untuk Keselesaan Humaira

Selepas Cik Sue survey pelbagai jenama ,atas saranan rakan,kali ini Cik Sue pilihkan kasut sekolah Pallas untuk Humaira.Pendapat Cik Sue kasut Pallas ni berkualiti dan sesuai dengan keperluan kaki Humaira,kualiti dan rekaannya memikat hati Cik Sue ,lagipun jenama ini sudah lama di pasaran Malaysia dan di akui kualitinya.


                                              


Pilihan Humaira -Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 205-0216 BK -Black.

Ha itulah jenis pilihan kasut anak dara Cik Sue ni kali ini,dia pilih sendiri ye.Kena la tanya citarasa si pemakai juga kan,dia yang nak pakai bukan ibunya hehhhee.Dan pastinya jenis penutup Velcro (tampal) baru darjah 2 kan ,belum pandai nak ikat tali kasut lagi,kalau pandai pun ,pagi-pagi akan jadi lambat la pulak,dan kat sekolah kalau pergi surau solat zohor nak kena buka kasut ,nanti kena tinggal pula dengan kawan-kawan dok terhegeh nak ikat tali kasut.

 

                       


Jenis kasut yang ini ada pengudaraan yang bagus untuk kaki si anak ,menggabungkan mesh dan pvc ,mudah juga untuk di basuh.Lapisan foam pada rekaan ini juga memberi keselesaan tambahan untuk kaki bila seharian memakainya.

 

Kolar empuk di sekeliling kasut memberi keselesaan dan perlindungan tambahan untuk kaki Humaira,ye lah dia jenis yang aktif dan suka berlari,kalau tunggu ibu jemput tu haa sempat la bermain dulu dengan kawan-kawan lari sana sini,memangs sesuai sangat la.

                                       

Kusyen insole “Arch Support” pula mengurangkan ketegangan pada otot kaki dia yang flat feet tu,tidaklah mudah penat bila berdiri lama wajtu perhimpunan nanti.Teknologi insole “Better Rebound” dapat mengurangkan tekanan dan penyerapan hentakan bila berjalan dan berlari. Dan semestinya kasut ini sangat ringan untuk Humaira ,tidaklah berat dok heret kasut je nanti hehehe, jenis “X-Light” ini lebih ringan dan fleksibel.

Lega rasa bila dah jumpa kasut yang selesa dan sesuai untuk Humaira,bukan apa ,bila tak kena dengan kaki dia,mudah letih,mood pun asyik nak marah je nanti,nak ke sekolah pun macam-macam la dia merengek,haaa terganggu emosi ye ,mula lah ibu nak jadi singa nanti.Sebab pernah ye beli kasut yang tak sesuai sampai menangis malam-malam nak tidur suruh urut betis dan kaki,penat katanya,Cik Sue dah pelik,macamlah kena berdiri berjam-jam,padahal duduk je kat sekolah tu.Rupanya kasut tak sesuai dengan kaki dia.

 

Keselesaan kasut penting untuk anak sekolah.

Seharian sekarang waktu persekolahan anak-anak,keluar pagi balik petang dah macam orang pergi kerja pula,jadi kasut memang main peranan la mempengaruhi mood sepanjang hari.

Humaira memang suka la kasut Pallas ni katanya lebih selesa dan “sedap” di kaki dia untuk berlari serta buat aktiviti kat sekolah.Kalau hari Pendidikan Jasmani tu tak de dah merungut sakit kaki atau lenguh.Lepas main masuk kelas nak belajar pun mood ok.

Yang penting tapak dia cengkaman best ,Humaira di suka berlari biasa la budak-budak gi kantin pun berlari ,dia suka kasut Pallas ni katanya tak meluncur maknanya cengkeman tapaknya grip kuat.Alhamdulillah tak de la tergelincir.

 

Lebih mudah beli kasut Pallas  secara online.

Sekarang ni dunia semuanya di hujung jari je,bagi mak-mak yang nak buat persiapan tak payah susah-susah nak ke kedai,nak cari parking la,nak cari masa yang sesuai la,ada pulak anak kecil macam Cik Sue ni,leceh ye,habis tenaga semata nak beli kasut.

Pilihan Cik Sue sekarang beli ke secara online ,lebih mudah,santai-santai ,tak penat nak kejat Mat Ajiq yang lasak itu huhuuu.

Macam mana nak beli kasut Pallas secara online?

Korang boleh beli di https://www.wow2wee.com/

Dan kalau nak lihat design serta ciri yang sesuai dengan kehendak anak-anak boleh layari https://www.pallas.com.my/pallas-product-features


                                   


Sempena kempen kembali ke sekolah ni,banyaklah sale dan offer yng menarik ,bolehlah layari laman web dan media sosial Pallas ye untuk design-design terkini.

FB https://www.facebook.com/PallasMalaysia

Web https://www.pallas.com.my/

 

Amacam mak-mak semua? Jom la buat persiapan awal,tak kalut nanti last minit risau kelam kabut kan.

 

Pallas Back to School Contest

Sempena kempen Kembali ke sekolah sekarang jom sertai Pallas Back to School Contest,boleh menang cash RM3000.Maklumat lanjut di sosial media Pallas ye.





p/s Alhamdulillah ,persiapan sekolah Humaira semua dah setel,pakaian pun dah topup mana yang rosak dan singkat,buku pun dah siap balut,beg semua dah ready.lega rasa.






Post a Comment

3 Comments

  1. Anak2 Fiza pun pakai kasut pallas, tahan lasak..

    ReplyDelete
  2. Wah besar dah kakak, dah pergi sekolah dia. Semoga berjaya dunia akhirat Kak Maira. Zaman sekolah dulu-dulu memang jadi pujaan brand kasut ni. Kita geng Kak Maira!

    ReplyDelete
  3. Cantik design nya dan ramai kata kualiti kasut Pallas mmg terbaik. ok boleh beli untuk anak nanti.

    ReplyDelete