Ke Muzium Negara di Hari Malaysia

Cerita cuti Hari Malaysia yang lalu,rancangan asal Cik Sue ada appointment tapi kansel saat-saat akhir,jadi kebetulan dah keluar sarapan kat luar malas dah nak pusing balik ke rumah,huhhh dasar nak berjalan kan heheheh.Sambil sarapan tu sambil fikir,nak berjalan ke mall memang tak la bagi Cik Sue di hari cuti begini kalau tiada urusan penting,sesak nafas ramai-ramai hehehhe.

Terus Cik Sue terfikir Muzium Negara sempena cuti Hari Malaysia kan,cakap ngan Mr D boleh di buat muka pelik hahahah,biar la Cik Sue nak gi jugak sebab Cik Sue tak pernah masuk situ okeh...ha gelak la gelaaaakkk..ye la zaman sekolah dulu mana ikut sangat pi rombongan bagai,kita dok kampung mana la berkesempatan nak ikut,dah kerja kat Lembah Klang pun tak de kawan yang nak bila ajak datang sini,maklumla lagi syok gi shopping mall kan hahaha.Jadi sekarang kita paksa laki dan anak ikut la hehehhe.Lepas sarapan terus gerak,dan dah agak tak ramai orang pun,i likeeee tenang nak berjalan kikiki dah tua-tua ni mudah serabut weh tempat sesak.



Bayar parking guna Touch N Go sahaja


Sampai terus masuk parking,oh ya parking sini guna Touch N Go ye,Sib baik Mr D memang sentiasa sediakan,Cik Sue tak tau la pulak kalau ada parking lain yang tak payah guna Touch N Go,ni kami masuk parking depan pintu dekat kepala keretapi tu,cari juga butang nak tekan tiket tapi memang tak de ye,eh haru jugak kalau tak de kad Touch N Go time tu kan? patut buat la pilihan.

Okeh,dah masuk dan parking,agak terhad juga,nampak tak ramai orang tapi parking penuh,cuaca agak redup kebetulan tengah jerebu lagi kan,cepat-cepat jalan pergi masuk dalam bangunan,sian Humaira lama-lama kat luar.Tapi sambil jalan nak masuk tu pun banyak dah tarikan dan bahan-bahan sejarah yang boleh di lihat dan belajar.


Humaira kata meriam ni retaka boboiboy hahahah

ayah kata ni keta dia...ibu jawab yang dah kena sita hahaha

bas lejen,ayah selalu naik kecik2,ibu sekali je rasa naik dari bangsar ke zoo negara hahah

bleh tengok peta ye nak cari surau tandas kat mana (kitaorg la tu hhahaha)
suka sangat humaira ngan kapal terbang


bagi can la ibu nak posing sesekali huhuu

Oh ya,kalau yang naik transport awam nak datang sini korang boleh naik MRT,stesennya betul-betyl dalam pagar Muzium Negara ni ha,keluar pintu stesen terus masuk dalam kawasan ni,lebih mudah sebenarnya.

Okeh,jom masuk eh kena beli tiket dulu la,ala murah  je RM2 je dewasa dan kanak-kanak atas umur 12 tahun,kalau anak-anak pakai baju sekolah free ye.So dah beli tiket terus jalan masuk,ada dua tingkat ruang pameran,Tingkat bawah galeri A dan B ,dan atas galeri C dan D.

Bagi yang berkerusi roda,bawa stroller anak dan warga emas yang sakit lutut jangan risau lif di sediakan.Kawasan Muzium Negara ni Cik Sue tengok memang mesra pengguna OKU.Jadi tak risau nak bawa golongan ini jalan-jalan kat sini ye.

bila suruh laki amik gambar herghhhh

Sebenarnya best jugak jalan-jalan ke Muzium Negara ni walaupun korang tak minat sejarah,sebab kat sini bukan korang kena baca buku sejarah pun hahaha,semua interaktif dan bergambar,malah ada artifak sebenar dan replika yang di tayangkan,selama ni belajar kat sekolah tengok gambar je kan,haaaa ni depan-depan mata tengok yang real punya.Jangan bawa balik sudah la heheheh

teringat lak kat Cik Mat Gebu ehhehe
Dia dah penat nak jalan
Galeri A banyak artifak tentang sejarah awal zaman batu Paleolitik,Neolitik dan Mesolitik tu macam yang kita belajar kat sekolah,banyak la artifak-artifak dari seluruh tanahair,Dari Candi Lembah Bujang,pasal Perak Man, dan bahan- bahan ekskavasi sejarah.Kiranya artifak-artifak kehidupan zaman tu la,pakaian,cara hidup,cara cari makan,peralatan,budaya hidup ,cara pengkebumian dan macam-macam la boleh tengok sejarah penempatan awal di Malaysia ni.


baru tahu Jenderam Hilir area rumah Cik Sue ada kawasan sejarah rupanya heheh

Galeri B pula banyak tentang kegemilangan kerajaan-kerjaan Melayu lama,Cik Sue paling suka bahagian ni,fefeling puteri raja zaman Hang Tuah atau Langkasuka gitu hahahaah berangan.Kerajaan Melayu ni bukan kat Malaysia sahaja ye merangkumi selatan Thailand tau,artifak-artifak yang di pamerkan ada benda-benda yang kita pernah dengar nama je tapi tak pernah tengok pun rupa macam mana,Contohnya kain Cindai,baju perang dengan kalimah Alquran,Cembol dan perhiasan puteri dan wanita istana.Keris dan senjata kesultanan melayu,ukiran kayu dari bahagian-bahagian istana,memang menarik,lama jugak Cik Sue lepak sini.Macam balik ke zaman itu pula.

pintu gerbang Istana Setul dari selatan Thailand

antara senjata yang di pamerkan

Humaira kata nak gambar ngan atuk hahah Hang Tuah tu.

ini rupanya Pending,selama ni baca je tak terbayang ini bendanya

yang ni pun menarik ,kalau di keluarkan yang moden cantik juga letak atas meja solek hehehe

ni la rupanya kain cindai,ni sebab dah lama nampak lusuh kalau
baru mesti cantik kan.

baju perang dengan kalimah Alquran
Mr D kata kalau yang pakai tak solat tak jadi apa gak opssss
Galeri C pula memaparkan zaman penjajahan di Tanah Melayu zaman kolonial bermula bila Melaka jatuh ke tangan Portugis,penjajahan British hinggalah penaklukan Jepun.Banyak juga di paparkan senjata yang di gunakan,keadaan semasa penjajahan,dari segi ekonomi dan budaya hidup,kelengkapan perang yang di gunakan untuk menjajah,replika kubu perang,kita boleh rasai la penderitaan tok nenek moyang kita zaman itu,bagaimana hasil bumi kita di kaut oleh penjajah,emas,bijih timah dan macam-macam lagi.




Galeri D pula korang boleh menghayati proses betapa sukarnya nak memperjuangkan kemerdekaan negara kita ni,korang selusuri setiap fakta dan ceritanya korang akan tahu bukanmudah ye,jadi hargailah apa yang ada,dari bangsa yang di injak di pijak di jadikan kuli hingga hari ini kita menikmati hak tanah kita ni,jadi hargailah dan pertahankan,fuhhhh bersemangat pula.Haaaa kat sini la korang boelh tahu kenapa kita cuti setiap 16 September setiap tahun,kalau tak tahu jangan jadi warga Malaysia lah hahahhhaa....malu oiiii...



Haaaa banyak lagi kalau nak di ceritakan,dan bukan ada muzium ni je tau,belah luar ada Muzium Etnologi Melayu dan Muzium Orang Asli,Cik Sue tak sempat masuk sebab Humaira dah ngamuk ngantuk nak tidur hehehhe kitaorang pun dah lapar,oh ya dalam ni ada je kafe,gerai-gerai jual makanan kat luar ruang pameran tu,ada kiosk air,surau tandas semua lengkap.Sementara gilir-gilir solat sempat la snap-snap gambar kat luar,instagrammer pun boleh datang sini banyak gak yang cantik-cantik tuk bergambar heheh.



Sekian lawatan sambil belajar hari ni ye anak-anak hahahhaa,ok wishlist dah boleh tick masuk muzium negara tuk Cik Sue.Hahahahha tak yah nak gelak sangat okeh,kitaorang terus gerak balik dan singgah makan kat luar je,di sebabkan cuaca masih jerebu teruk tak jadi nak ronda-ronda tempat lain,banyak je lagi tempat menarik kat KL yang Cik Sue belum sampai.Kalau korang nak tahu info penuh check kat laman web muzium negara kat bawah ni ye ada info lengkap.


Post a Comment

1 Comments

  1. Cik nor pun xrajin sampai cni..darat lbh pada cik sue..haha

    ReplyDelete