Adventurers' Web Tarikan Terbaru Di AEON MALL Nilai.

Sapa dah sampai AEON MALL Nilai yang baru buka ni? Haaaa dah officially buka akhir tahun lepas la,Cik Sue antara pengunjung-pengunjung awal yang gi terjah heheheh maklumlah dekat je dengan rumah tak sampai setengah jam,awal-awal dulu memang banyak lot kedai yang masih kosong tapi sekarang haaaa banyak dah kedai-kedai dan outlet yang dah buka.Dan semestinya Cik Sue takkan ke mall pada hujung minggu hehehe sesak,lemas ngan manusia yang datang entah dari mana heheheh.Memang kalau cari barang lebih selesa pergi hari orang bekerja,lapang dan tenang.Best juga shopping sini sebenarnya,Cik Sue nampak meriah tempat makan hehee.

Tapi sekarang ada satu lagi tarikan baru ni AEON MALL Nilai ni,memang sesuai untuk seisi keluarga ye,dekat-dekat cuti sekolah ni boleh la bawa anak-anak ke sini,memang menarik.Memang berbaloi,satu family boleh masuk main sekali dengan anak-anak kecil.Cik Sue jamin anak-anak mesti gembira kat sini,eh tuk mak ayah pun ada bahagiannya,semua boleh seronok.

The Adventurers' Web : Pusat Pembelajaran sambil bermain.


Terletak ni Entertainment Hall di tingkat 2 AEON MALL Nilai,Adventurers' Web adalah pilihan yang bagus untuk keluarga yang sukakan cabaran dan mahu anak-anak meneroka ilmu sains serta bermain menguji fizikal dan mental.Masuk dalam ni umpama kita masuk dalam "unknown zone" yang kita tak tahu apa-apa,dan pastinya akan teruja dengan aktiviti dalam ni.Terdapat 3 bahagian atau seksyen dalam Adventurers' Web ni : 

Mini Science Discovery Centre

Bahagian ini memang sesuai sangat untuk anak-anak dari prasekolah hinggalah sekolah menengah eh dewasa pun boleh join.Tempat ni ada banyak permainan dan alatan interaktif untuk kita meneroka ilmu sains,teruja pula tengok sebab ada banyak rupanya benda yang kita tak tahu dalam hidup ni di sekeliling kita je.Ilmu-ilmu sains zaman sekolah yang kita dah lupa sebenarnya.Ada permainan juga,dan ruangan aktiviti untuk meneroka dan mengasah bakat anak-anak dan anda sendiri.Ada reverse bungee yang boleh lompat-lompat melawan graviti,ada ruangan robot programming,dan macam-macam lagi aktiviti.


Untuk pengetahuan korang aktviti dalam ni di reka khas oleh pihak Tech Dome Penang yang di iktiraf oleh Negeri Pulau Pinang sebagai aktiviti pembelajaran interaktif terbaik dan berteknologi tinggi.Ha bertuahkan? tak payah nak pergi sampai ke Penang sana,kat sini pun dah ada,dan nanti banyak lagi aktiviti akan di tambah tau.

jom lompat-lompat lawan graviti,adik ni siap flip tau hehehhe.

budak kecik ni ralit kejar ikan,balik ngingau gelak sensorang hahahha
laser face
floor game



penuh fakta dan formula sains kat dinding

pasir ni kejap jadi gunung berapi nak meletus,kejap jadi lautan dalam penuh ikan lak haaaa unikkan.



interaktif ball wall
jom tengok robot joget2
nak tahu apa huruf-huruf rahsia di duit kertas anda haaa mai tengok sini ngan mikroskop



Macam-macam lagi aktiviti menarik dalam ni,mak ayah pun boleh masuk sekali ye,beli je tiket dan teman anak-anak anda meneroka sains di sini.Mesti diorang teruja,Humaira yang tak tahu apa ni pun tak mau keluar heheheh.

The Dinosaur Rangers

Sampai bahagian ni Humaira dah teruja,pelik gak berani betul anak aku ni heheheh padahal mak ayah dua-dua penakut weh.Dia siap jerit-jerit tarik ibu nak pegang dinosaur,fuhhhh,tapiiiiii sekali dinosaur gerak terus terkejut hahahahha apoooo....Memang seronok bawa anak-anak masuk sini,teruja tengok diorang nak bermain dan mencuba.Ada macam-macam aktiviti dalam ni yang membawa kita ke zaman prasejarah ,zaman dinosaur hidup lagi la. Dalam ni pun ada banyak zon-zon juga,macam Education Hub di mana korang akan tengok persembahan macam kat zoo tu ,dinosaur yang hidup akan keluar,siap ada baby dino minum susu,bapak dino yang besar nak makan la haaaa seronok sangat anak-anak terjerit-jerit bila dinosaur keluar.




Ada juga zone permainan seperti kart ride kat taman dinosaur dalam ni,ada wall climbing juga dan macam-macam lagi aktiviti.



 Ada juga bahagian pameran fosil dinosaur zaman dulu,anak-anak boleh kenal la bentuk telur dinosaur dan rangkanya yang tinggal.





Haaaa tengoklah Humaira tu,dia bukan takut tau,tapi dia nak panjat badan Cik Sue sebab nak sentuh kepala dinosaur tu,sabar je la anak aku ni haiiiiii...sampai tercekik ibu,memang tak reti takut bagus juga sebenarnya sebab ayahnya tak bagi ajar dia jadi penakut,takut Allah je katanya #deep hahahahahah.


bentuk-bentuk telur dinosaur
Punya seronok Humaira sampai ke rumah dok bercerita asal dinosaur,pening ibu dalam kereta.Ayah balik kerja ,ayah pulak kena dengar dia cerita hahahahhaa.

Monster House

Dengar monster house je mesti korang ingat rumah hantu kan tapiiiii kat sini bukan rumah hantu,apa yang Cik Sue tengok konsep dia macam penerokaan bilik terkunci,kita kena jelajah dari satu bilik ke satu bilik sampai la jumpa jalan keluar.Ha masa bergerak dari satu bilik ke bilik tu la akan jumpa macam-macam yang buat jantung berdegup kencang tapiiiii jangan risau,tak de ye jenis yang sergah-sergah,muncul-muncul bergerak bagai tu ye,rileks,Suasana je ala-ala seram hehehehe.


Bahagian ni lebih baik bagi yang dewasa je la masuk,kang anak-anak jadi penakut pula,bagi ayah-ayah sado masuk untuk menguji tahap keberanian masing-masing ye hahahah.Tengok ada yang pengsan atau merangkak keluar nanti hahahha.

Nasihat Cik Sue kalau anak kecil tu jangan bawa la masuk,risau mengigau pulak nanti.Tapi masa pergi semalam Cik Sue try je bawa Humaira masuk,tengok dia macam ok je,Dan seperti Cik Sue jangka,dia tak heran pun,cuma part yang darah-darah je dia dok yekkkkk yekkkk geli kononnya,pastu sampai kat mayat la,mayat tergantung,serigala jadian dalam sangkar,boleh lak dia cakap." bu..bu... shiannnn dia" (kesiannnn dia) hahahah orang tengah takut-takut terus Cik Sue tergelak,adoiiiii anak sapaaaa la ni,bagus gak dia ni,pasni kita pi theme park naik roller coaster lak hahahha.Memang syok tau sebab kita macam masuk muzium hantu pun ye.Kalau korang jenis suka cite seram ,meh cuba kita tengok tahap mana keberanian tu secara live hehehhe.



Semua sekali ada 13 bilik dengan tema dan kengerian berbeza,korang kena rasainya sendiri,setiap bilik ada pintu quit door ,kalau rasa-rasa tak sanggup dah boleh menyerah kalahlah ye,keluar pintu tu dan keluar terus la hehehee.Cik Sue agak berani mula-mula tapi bila dah sampai tahap kepala tergantung-gantung,darah menitik-nitik tu ,tak boleh dah la,bukan takut seram tapi geli rasa nak muntah,mula dok bayang darah huhuuu.

tengok la tu bukan takut pun budak kecik tu,anak patung tepi-tepi tu dia gi tarik lempar ke lantai ,sabo je la.
ni laluan dari salah satu bilik,ni tangan -tangan zombie nak tarik korang hahahah...












Haaaaa sampai part kepala tergantung ni Cik Sue tak leh teruskan dah....loya hahhaha

Sekali lagi monster house ni tak de hantu kejar korang,jangan risau.Jalan rileks-rileks je dalam tu eh.Haaaaa jom la kita uji tahap keberanian masing-masing boleh hadap ke takkan.Alaaa Humaira pun berani hahaha.Bagi Cik Sue ada bilik yang ok,ada bilik yang terasa gak aura seramnya tu,tapi masa semalam masuk ramai-ramai ok la,peraturan dia kena masuk 4 orang je sekali jalan paling ramai pun,haaa kena try lagi ni.



Amacam teruja tak nak cuba? Jom la cuti sekolah ni bawa keluarga dan kawan-kawan,berkumpul dan beriadah kat sini.Tempat makan pun banyak,dah penat-penat main boleh lunch atau dinner terus.Kemudahan toilet,surau pun ada dan terbaik.Ada ruang rehat juga.

Pembukaan dan tiket 

Adventurers' Web akan di buka secara rasmi pada 23 Mac 2019 Sabtu sempena cuti sekolah.Dan pelanggan AEON MALL Nilai boleh nikmati diskaun dan menangi pelbagai hadiah menarik.Sambil-sambil datang shopping boleh la bergembira kat sini.Hampir 200 tiket di beri sempena pembukaan dan akan memenangi cabutan bertuah nanti.Diskaun 20% sempena pembukaan untuk pembelian tiket kombo bagi tiga2 bahagian dalam ni,dari harga asal RM49 boleh dapat RM25 dan masuklah tiga2 bahagian tu. .Ahli kad kredit AEON juga boleh dapat diskaun 30% ye.



Jom ramai-ramai kita beriadah ,bermain dan menguji minda serta keberanian di :

The Adventurers' Web
Tingkat 2-Entertainment Hall AEON MALL Nilai
No 2,Persiaran Pusat Bandar,Putra Point,Putra Nilai,
Nilai Negeri Sembilan.

Website :
www.aeonretail.com.my
Facebook:
www.facebook.com/aeonmallnilai
Instagram :
www.instagram.com/aeonmall_nilai;

Post a Comment

15 Comments

  1. ni time cuti sek mesti ramai kanak2 suka nak pi. meriah la.. seronok ada tempat boleh buat aktiviti cemni =D

    ReplyDelete
  2. Best ni kalau bawak budak kecik...

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. Rumah hntu tu nmpk seram juga weiii.. Haaha

    ReplyDelete
  4. Confirm k.sal bawak anak²..sikit lagi ni nak habis pantang 😀

    ReplyDelete
  5. Adududuhhhhh...!! Seramnya laluan yamg ada tangan tu. Huhuu..
    Tapi memang best ni bawak anak anak. Sure havoc! Eh.. Mama nya yang havoc lebeyyy. Hahaa

    ReplyDelete
  6. Adududuhhhhh...!! Seramnya laluan yamg ada tangan tu. Huhuu..
    Tapi memang best ni bawak anak anak. Sure havoc! Eh.. Mama nya yang havoc lebeyyy. Hahaa

    ReplyDelete
  7. Eii takutnya.. kang dgn smua org aku peluk..

    ReplyDelete
  8. Best kan tarikan terbaru kat Aeon Mall Nilai ni. Wajib terjah cuti sekolah ni

    ReplyDelete
  9. Ni yang pegi hr tu ehh. Bestnyaaaa. Nak pegiiii jugakkk

    ReplyDelete
  10. Bestlah org nilai ada tarikan baru kat aeon. Scha pun suka pegi aeon nilai bila time bekerja. Lengang sikit hehe

    ReplyDelete
  11. Bestnya. Bila nak pergi ni ea.

    ReplyDelete
  12. Are you ready to start earning a living as a technical solutions architect With Field Engineer, you can get access to a wide selection of companies all looking to hire

    ReplyDelete
  13. Because of this , it truly is superior you can applicable research prior to providing. It will be possible to share larger document that way and, We are really grateful for your blog post. You will find a lot of approaches after visiting your content. programming assignment help -
    java assignment help -
    college assignment help

    ReplyDelete