Selamat Datang 2018


Hai semua,salam tahun baru 2018,selamat tinggal suka duka 2017.Dah hari ke 3 di tahun 2018 baru nak start entry pertama.Idea nak membebel banyak je tapi badan tak mengizinkan,dari 1 Januari badan dah sejuk panas macam nak demam tapi tak demam-demam,mood pun lari ke lautan Atlantik,baru on laptop,sakit perut,baru nak menulis kepala berdenyut,anak pulak tantrum.Di tambah pulak period pain yang kerap pulak datang lepas-lepas bersalin ni,padahal dari anak dara tak pernah kena pun,perubahan hormon agaknya.Berguling jugak la tahan sakit,risau migrain masa suami kerja je,tak de sapa nak layan si kecil tu.Alhamdulillah petang hari kedua dah ok sikit boleh masak dan uruskan anak,en suami pun dah kerja.

2018 yang tiba,tak de apa harapan di letakkan,hanya berdoa Allah permudahkan urusan kami sekeluarga kecil ini membaiki hidup tak kiralah dari segi kewangan atau hubungan sesama manusia malah amal ibadat juga.Dah jadi mak bapak orang kena tunjukkan akhlak untuk panduan anak pulak nanti,mula sikit-sikit,tak salahkan berubah ke arah kebaikan.Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang terbaik untuk Humaira nanti.Azam untuk lebih istiqamah dalam menjaga hubungan dengan Allah,moga kelalaian sebelum ini tidak berulang lagi.

Awal-awal tahun macam ni seronok tengok anak-anak kecil yang pertama kali ke sekolah,macam-macam telatah boleh di lihat di sosial media,mak ayah excited kongsi kisah ragam anak-anak.Macam mana la Humara nanti,harap-harap dia boleh berdikari dan berani macam ibu dia hahahhaha,jangan manja macam ayah eh hahahah.Tapi yang menyesakkan dada bila kawan-kawan kongsikan kos untuk anak bersekolah yang makin meningkat,alahaiiiiii dalam keadaan ekonomi macam ni sesak nafas mendengarnya.Itu untuk tahun ini dan waktu ini,zaman Humaira nanti macam mana la agaknya Allahhhh.Maka terjadi la perbincangan dengan en suami untuk simpanan pendidikan Humaira nanti,mana simpanan tetap mana simpanan untuk kecemasan.Semuanya dah kena fikir dari sekarang,kena bersedia awal.Alhamdulillah Humaira dah ada akaun tabung haji sendiri,Insya Allah duit-duit sedekah orang dan duit raya masuk ke sana je senang dan semoga selamat di situ sebab tabung haji payah sikit nak keluarkan tak de kad kan.

2018 ini juga Cik Sue tetap meneruskan azam sebelum-sebelum ni berusaha mendidik hati ke arah yang lebih baik,jika baik seketul daging bernama hati baiklah seluruh manusia itu.Bukan senang nak didik hati dari sifat-sifat tak baik,cemburu,busuk hati,dengki,buruk sangka dan macam-macam lagi.Masih belajar juga mengawal emosi dan mengawal stress,walau dah jadi surirumah bukan lagi bekerja di pejabat,tahap stressnya sama sahaja,malah pengalaman Cik Sue lebih penat jadi surirumah,hampir 24 jam adaaaaa je benda nak buat,jadi Cik Sue kena bijak mengawal emosi dan hati.

Cik Sue doakan kawan-kawan semua juga terus sukses di tahun ini,terus murah rezki dan di permudahkan segala urusan dunia dan akhirat.


Post a Comment

3 Comments