Sambal Tomato Simple

sambal tomato simple

Dah lama rasanya tak menulis resepi di sini,kali ni nak kongsi resepi Sambal Tomato simple yang Cik Ngah buat masa dinner blogger di rumah Yanty minggu lepas.Sedap bila dapat makan dengan sup panas dan nasi panas-panas,memang kena la padanan ini,heheeheh...sangat simple.

bahan:
2 biji tomato
6 biji cili api
2 ulas bawang merah
gula
garam

cara:
-tumbuk cili dengan bawang jangan sampai lumat.
-potong dadu tomato
-tumbuk pecah-pecah dalam lesung
-masukkan semua bahan dalam mangkuk,perasakan dengan garan dan gula

kannnn...senang je,kalau buat banyak boleh simpan dalam peti ais,makan lain kali pulak

bisik-bisik:
resepi asal dari mak cik kat Raub.....

Post a Comment

10 Comments

  1. Tak sempat merasa , perut tuan rumah kenyang walaupun makan sikit. Letih dengan balik kerja lagi. Next time la Ty rasa ye kak.

    ReplyDelete
  2. wah! simple je...mesti sedapkan..

    ReplyDelete
  3. mak sy selalu buat ni tapi tak pakai tomato, dia pakai limu apa tah yng panjang ibu jari tu...hijau hijau...

    ReplyDelete
  4. salam kenal..singgah cni follow awk :)

    ReplyDelete