Trip Blogger Putrajaya : Jelajah Pantai Timur : Edisi 2


Hari ke 2 ,awal pagi Cik Ngah dah bangun,dan membangunkan adik2 comel yang semuanya masih lena di ulit mimpi,maunya nak bangun malam tadi pun dah oukul berapa balik...haihhhh...nasib la korang dapat ketua rombongan suara petir ni...haahaaha.....

Membangunkan Mr D agak senang hari ni,good boyyyy.....hehee...kami berdua keluar mencari  nafkah sarapan pagi tuk adik2 cayang tu....so,yang paling dekat Cik Ngah terus ke Pasar Besar Wakaf Bharu,kebetulan pulak ada pasar tani pagi Jumaat,sempat gak jalan2 jap. 


beli nasi kerabu dan nasi berlauk ngan mak cik ni,yang gelap tu nasi kerabu biru,setiap bungkus dengan lauk hanya RM 2.50 shj ye....sgt murah....

suasana dari atas pasar Wakaf Bharu

kerabu sare aka kerabu rumpai laut
Selesai sarapan dan hambat adik2ku pergi mandi dan bersiap..heehee...so,kami ada misi penting memenuhi jemputan Majlis Kahwin Que Ahmad,entrynya Cik Ngah dah update di SINI.


tertarik dengan hantaran di majlis tersebut,kuih tradisi Kelantan,kalau tak silap jala mas dan buah tanjung.
Satu perkara yang Cik Ngah teruja ngan kenduri Abe Que Ahmad kita ni,makanannya almost tradisi Kelantan,dengan gulai kawah,tapai,akok,kerabu,sira labu,acar,pendek kata memang mengubat rindu betul la untuk Cik Ngah ni.



kuih akok dan tapai 

kerabu umbut kelapa

sira labu



tu diaaaa...tukang bawa hadiah,wakil dr geng blogger dan bodyguardnya....

bawah pokok pun jadiiiiii......


bergambar dengan pengantin.....

Selepas mengenyangkan perut di majlis kenduri kami bergerak ke tengah pusat bandar Kota Bharu,destinasi? yeee Pasar Siti Khadijah la,tempat shopping yang terkenal.....ronda-ronda,posing-posing,membeli dan belah...heeheh...sememangnya lokasi ini terkenal dengan jualan berbagai barang,kain baju,periuk belanga,di tingkat bawah sekali adalah pasar basah,terdapat juga food court di tingkat 2,yang satu masa dulu jadi tempat feveret Cik Ngah makan sup...heehee...


suasana di pasar basah

food court

makanan kering,keropok dan hasil usahawan Pantai Timur

permandangan dari tingkat atas....

sempat jugakkkkk

himpunan keronsang,murah2 dan cantik.

papan tanda setiap tingkat

penat dah,duduk dulu....
Selesai di Pasar Siti Khadijah,kami beransur mencari tempat solat,lalu Cik Ngah membawa mereka ke Masjid Muhammadi berdekatan dengan Istana Jahar,sempat jugak la berposing-posing sekejap.

hadapan bank pitis....

kanak-kanak riang....

4 dara pingitan

layankan sajer la....heeheee

macam tak cukup ahli jerrrr...heehee




Selesai semua,kami pun menuju ke Daerah Bachok,destinasi seterusnya adalahhhhh....yeaaa Pantai Irama,memang seswai la petang2 gini lepak-lepak amik angin di tepi pantai kan...heeeheee

pantang nampak makanan....

sata -feveret mieza..heeeheee

lok ching-sate ikan...yummyyyy

suasana di tepi pantai

jom picnic...heehheee
Mulanya Cik Ngah dah terpikir mana nak lepak ni,alas apa pun tak bawa,sekali teringat kain cover kereta dalam bonet belakang Mr D,apa lagi jadi mangsa la..heehee...siap diorang bleh baring lagi,budak laki la...heeheeee....



berehat...sgt tenang.....

yeeee....itu kami,melayan angin petang

Lepak,makan,posing dan menikmati sunset,memang tenang.....


cover album 4 dara...haahahha...

friendship 
Selepas menikmati sunset,kami bergerak ke Pasar Malam Bachok yang jaraknya lebih kurang 1 km dari pantai tersebut,sambil jalan-jalan kami membeli dinner masing2,tapau tuk makan di homestay.
Dalam perjalanan balik kami sempat berhenti minum tuk berjumpa seorang lagi rakan blogger iaitu Kaki Sembang yang juga rakan baik Que Ahmad.

Sampai di homestay,masing2 membersihkan diri,solat dan lepak ramai2 depan tv menyantap makanan yang di beli di pasar malam tadi,fuhhhh...agak penat jugak hari ke 2 ni,masa untuk merehatkan diri bersedia untuk perjalanan esok pula.see yaaa

bisik-bisik:
untuk review lain bolehlah ke blog rakan blogger yang terlibat ye
Yanty Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5
Qaseh Part 1Part 2
tunggukan sambungan perjalanan kami yeeee......

Post a Comment

2 Comments

  1. haha..dah jadi febrett aii kann..bukak pon xpndi..hehe..

    ReplyDelete
  2. TQ Backlink ke belog tak glemor saya. =)

    ReplyDelete